Isu tuntutan waris Kesultanan Sulu, peguam ini sekolahkan Najib.
Tiada siapa yang menafikan bahawa ada pencerobohan Lahad Datu tahun 2013
dahulu. Nyawa rakyat Malaysia yang terkorban masih kita kesal sehingga hari
ini.
2. Namun begitu tindakan menghentikan pembayaran RM5,300 kepada
waris Sulu yang sah (melalui keputusan Mahkamah Tinggi Borneo Utara) selepas
isu pencerobohan tersebut adalah tidak cermat. Kenapa tidak cermat? Sebab
adakah Malaysia pernah mendakwa bahawa serangan Lahad Datu tersebut dibuat oleh
waris sah Sulu? Yang kita tahu ada serangan, tetapi di bawah BN – Najib, mereka
tak pernah cari sampai lubang cacing siapa dalang serangan dan terus sahaja
tamatkan pembayaran RM5,300 tersebut.
3. Kenapa kita kena bayar RM5,300 setahun kepada waris Sulu? Ini
adalah berdasarkan perjanjian lama tahun 1878 membabitkan Sultan Sulu (yang
ketika dahulu memiliki wilayah Sabah) dengan Syarikat Borneo Utara. Ini fakta
sejarah. Sebab itulah Mahkamah Tinggi Borneo Utara pada tahun 1939 buat
keputusan perlu ada bayaran ‘penyerahan hak’ sebanyak RM5,300 setahun.
4. Najib Razak juga mendakwa bahawa PH sokong untuk hentikan
bayaran tersebut dengan memetik MP Kota Kinabalu. Saya rasa Najib ini gila dan
tak faham bahasa inggeris agaknya. Laporan akhbar jelas menunjukkan bahawa MP
Kota Kinabalu tanya “samada berhenti bayar sebab nak atasi masalah pencerobohan
dan adakah duit tersebut akan digunakan untuk atasi masalah imigran di Sabah”.
Tiada kaitan langsung dengan setuju ataupun tidak.
5. Kenapa waris Sulu ini memulakan saman ke atas Malaysia?
Jawapannya ialah sebab Malaysia di zaman Najib telah menghentikan bayaran
penyerahan hak tersebut. Alasan lain yang mereka berikan ialah bahawa mereka
sebagai waris tak pernah serang Malaysia dan bukan mereka yang ceroboh Lahad
Datu jadi kenapa hak bayaran mereka yang ditarik?
6. Dekat sini Najib Razak dah mulakan penipuan dia untuk
memfitnah Pakatan Harapan. Katanya AG Tommy “luar biasa bodoh” apabila menulis
surat kepada Paul Cohen. Katanya AG Tommy tak sepatutnya mengakui untuk bayar
wang tertunggak penyerahan hak tersebut.
7. Najib nak suruh Pakatan Harapan menipu macam dia ke?
Bertahun-tahun Malaysia bayar wang penyerahan hak itu sampai 2013, kemudian
takkan PH tiba-tiba nak claim tak kenal pula pihak waris Sulu yang menuntut tu?
8. Dalam surat yang sama, AG Tommy dah pertikaikan bahawa
Malaysia tidak mengiktiraf saman timbang tara yang di bawa di Madrid. Malah
yang dibuat oleh AG Tommy hanyalah menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Borneo
Utara dan tawarkan untuk selesaikan bayaran penyerahan hak yang tertunggak. Itu
sahaja. Malah di akhir surat pun diulang bahawa surat 2019 tersebut dalam apa
jua cara tidak mengakui tuntutan timbang tara waris Sulu.
9. Najib tuduh pula masalah ini berlaku sebab AG Tommy dan PH
tak hadir dan lawan kes di timbang tara Madrid. Macam mana nak hadir kalau
Malaysia kekalkan pendirian bahawa itu bukan tempat yang sah atau forum yang
tepat untuk selesaikan masalah ini. Cara AG Tommy dan PH lawan ialah dengan
menegaskan bahawa waris Sulu tiada hak pun untuk memulakan apa-apa arbitrasi.
10. Malah Malaysia kemudian telah cabar keputusan dan
perlantikan penimbang tara Dr Stampa yang memberikan award kepada waris Sulu
tersebut. Mahkamah Tinggi Sepanyol pun dah batalkan award tersebut. Usaha ini
digerakkan oleh AG Idrus sekarang ini.
11. Malahan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan putuskan bahawa
apa-apa pertikaian melibatkan perjanjian 1878 tersebut didengar di Mahkamah
Malaysia dan bukannya di mana-mana tempat timbang tara.
12. Lepas itu apa yang waris Sulu buat? Mereka larikan forum ke
Perancis pula. Untuk lari daripada Sepanyol sebab mereka tahu Mahkamah Sepanyol
dah cakap lantikan Dr Stampa yang keluarkan penghakiman tersebut tak sah.
13. Di Perancis inilah baru berlaku isu ada arahan untuk rampas
aset Petronas di Luxembourg. Petronas pun dah keluarkan kenyataan semalam
bahawa mereka dah tiada aset dekat negara tersebut lagi dan akui baru terima
notis sahaja.
14. Jadi nampak dengan jelas bahawa waris Sulu ini cuba cari
jalan untuk hidupkan tuntutan gila dengan lari ke sana sini. PH melalui AG
Tommy dah nak selesaikan dengan tawar semula bayar bayaran penyerahan hak yang
tertunggak. Tiada isu sesiapa jual negara dalam hal ini.
15. Yang senang makan umpan dan nak jadikan isu ini isu politik
adalah Najib Razak sahaha nampaknya. Kenapa dia beriya-iya? Mungkin sebab dia
dah tahu bahawa tindakah dia berhenti bayar kepada waris Sulu tahun 2013 itu
adalah punca segala masalah ini.
16. Paling teruk lagi Najib cuba butakan mata semua dengan
dakwaan bahawa Sulu ini hanya memulakan saman apabila kerajaan bertukar kepada
PH pula. Jawapannya saman waris Sulu ini dah mula sejak 2017 lagi, check dekat
sini https://jusmundi.com/.../en-nurhima-kiram-fornan-fuad-a... –
“The Notice of Intention to Commence Arbitration
21.
Claimants served a preliminary notice of intention to commence
arbitration, dated November 2, 2017, pursuant to the Deed (henceforth, the
Notice of Intention to Commence Arbitration) at the Embassy of Malaysia in
Madrid (Spain).”
17. Berhentilah menipu Najib.
Azri Abdullah
Peguambela Peguamcara
Mahkamah Tinggi Malaya