JANGAN BIARKAN UMNO MENIPU BANGSA MELAYU TURUN TEMURUN- ITU BODOH NAMANYA


NORMAN RADZUAN
May be an image of text that says "INI SEMUA SALAH DAP.. 1"

TRAGEDI

Orang Melayu bukan tidak tahu betapa teruk rasuah pemimpin2 UMNO. Bukan mereka tidak nampak betapa kaya pemipin2 UMNO dan kerakusan sesama mereka kpd kuasa.

Tapi kebencian melampau mereka kpd DAP hasil ditanamkan sikap perkauman berpuluh tahun… mereka menghalalkan berbillion wang rakyat dirompak. Mereka korbankan diri biar mereka susah atau papa kedana asalkan bukan DAP.

Mudah sahaja berkempen utk org Melayu, sebut sahaja nama DAP… rompaklah berbillon wang rakyat, naiklah harga barang, kenakanlah pelbagai cukai mereka tak kisah asalkan Melayu dan bukan Cina DAP.

Tragedi kpd Malaysia yg dikatakan sebagai antara negara paling korup di dunia hingga trillion negara yg kaya raya ini berhutang. Mentaliti dunia ketiga buat anak cucu kita suatu hari nanti akn merana…

Org Melayu dia merungut barang naik. Org Melayu dia merungut cukai yg tinggi. Org dia Melayu merungut kehadiran berbillion warga asing… org Melayu hanya tahu merungut tapi mereka tidak tahu semuanya itu adalah hasil tangannya sendiri… tragedi.

Org Melayu bertanjak ke panggung kerana semangat Mat Kilau. Org Melayu hanya nampak Mat Kilau lawan penjajah. Tapi mereka lupa kekecewaan Mat Kilau hingga dia menjadi pelarian apabila org Melayu ramai yg tidak menyokong perjuangannya. Malah menjadi tali barut penjajah hingga Mat Kilau menjadi Mat Siam. Sejarah tidak pernah menipu dan sejarah sikap org Melayu tak pernah berubah.