Al-kisahnya…
Dalam bulan puasa yang lalu, seorang perempuan India, Letchumy
memandu di suatu kawasan kejiranan di Ampang. Nak dijadikan cerita, kereta
beliau tetiba terhenti dan rosak di tengah jalan.
Ini menyebabkan jem panjang. Dia telefon suami tak berangkat
sebab masih kerja. Dia dah mula menangis, anak di sebelah pun dah mula takut.
Tetiba, seorang lelaki Melayu menyapa dan terus panggil ramai
lelaki lain untuk tolong tolak kereta ke tepi surau. Anak Letchumi diberi air
kotak sejuk walapun yang lain masih berpuasa.
Mereka tolong Letchumy hingga lepas berbuka dan pastikan mekanik
siapkan kereta hingga selamat untuk dipandu balik rumah.
Letchumy hargai segala tindakan lelaki Melayu tersebut dan pada
pagi Syawal beliau pergi balik ke surau berkenaan untuk beri sumbangan.
*************************************************
Indahnya Malaysia, dengan pelbagai kaum bantu membantu. Cair
kita dengar cerita.
Yang selalu buat dajjal terhadap uniti Malaysia adalah POLITIK.
Yang guna agama dan bangsa untuk pecah belahkan masyarakat.
Pada saya selagi kita ada sekolah vernakular DAN asrama penuh
satu kaum sahaja, selagi itu isu perkauman akan tumbuh mekar.
Tambah diguna sebagai naratif politik sempit politikus durjana.