NAK CARI NYAWA UNTUK PUJUK UMNO BEKERJASAMA

 



PAS mahu PRU15 tangguh hingga habis penggal






\twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Lebih baik memberi peluang kepada kerajaan melaksanakan tugasnya dalam tempoh secukupnya, selain rakyat masih letih dengan politik dan wabak, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

PETALING JAYA: PAS mahu pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan sehingga tempoh penggal pemerintahan berakhir, kata Presidennya Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, PAS bersetuju proses demokrasi pilihan raya ditangguhkan sehingga tiba masanya bagi memberi peluang kepada kerajaan sedia ada menunaikan tugas dan tanggungjawabnya dalam tempoh baki penggal.

“Kita sudah buat kenyataan tiga negeri habiskan penggal kerana rakyat masih dalam keadaan letih dengan politik dan wabak (Covid-19) yang belum selesai.

Tonton video di sini.

“Jadi lebih baik kita beri peluang kepada kerajaan yang ada laksanakan tugas dalam tempoh secukupnya. Oleh itu kita setuju PRU ditangguhkan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Hadi yang juga ahli Parlimen Marang berkata, bagaimanapun parti itu sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya dengan menggerakkan semua jentera di seluruh negara dan menambah cawangan serta ahli.

Katanya, PAS akan meneruskan agenda perpaduan ummah menerusi kerjasama dengan parti Melayu terbesar, iaitu Bersatu dan Umno, selain Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta golongan bukan Islam yang tidak ekstrem.

“Kerjasama ini kita akan lihat perkembangan, sehingga kini kita teruskan kerjasama yang ada biar kukuh dan kuat,” katanya.

Pada Mac lalu, Hadi menyatakan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Kelantan, Terengganu dan Kedah, iaitu negeri yang dikuasai PAS tidak akan dibubarkan sehingga tamat tempohnya.

Beliau berkata, ia bagi memberikan tumpuan kepada kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat.

No comments: