Pejuang sejati pantang mundur – Anwar
Kekalahan dalam pilihan raya kecil atau negeri tidak sepatutnya mematahkan semangat reformis untuk terus berjuang.
Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan agar pejuang reformasi kekal istiqomah melawan kebejatan dan kerosakan moral pemerintah biar apa pun rintangan yang dihadapi.
“Matlamat mesti jelas. Perjuangan bawa perubahan. Kalau melangkah mesti langkah terus, maju terus pantang undur.
“Istiqomah, idea jejas, matlamat jelas maka konsisten.
“Kemudian berjamaah. Ini yang disebut jamaah. Ada kita sesuai (ada yang tidak). Tetapi sebaik sahaja jamaah putuskan, jangan pertikai,” katanya dalam ucaptama perasmian Kongres Generasi Keadilan di Petaling Jaya, pagi tadi.
Pertubuhan Generasi KEADILAN merupakan organisasi yang berusaha menjaga kebajikan para pejuang reformasi dan mengaturkan pelbagai program dalam meningkatkan daya juang para ahli parti.
Dalam ucapan itu juga, Anwar menekankan konsep kemaafan kepada mana mana golongan yang sedikit terlanjur tetapi kemudian kembali mendukung parti.
Katanya, beliau disindir pemaaf tahap dewa. Namun dalam perjuangan Nabi Muhamad s.a.w juga baginda memaafkan sahabat yang melakukan kesilapan dengan syarat tidak mengulanginya.
“Diampunkan walau ada kesilapan, maafkan mereka. Bukan maaf, lepas itu ditendang sekali lagi. Dah maafkan lepas itu masukan penjara sekali lagi.
“Memafkan dan beristighfar. Kemudian berunding. Yang ini penting. Dan perundingan ini bukan sahaja MPP atau mesyuarat cabang. Ada peranan kita, peranan saudara untuk buat keputusan dan disampaikan kepada pimpinan,” katanya.
Dalam ucaptama itu Anwar turut menegur pimpinan lama yang suatu ketika berjuang tetapi setelah tiada jawatan mereka menyepikan diri.
Katanya, realitinya banyak anggota biasa yang tiada jawatan tetapi istiqomah berjuang dan mereka tidak pernah berundur.
“Jadi saudara kena terus. Jangan lawan tetap lawan, lawan ikut musim. Lawan bila menang, diam bila kalah.
“Dula lawan kerana pemimpin AMK, sekarang saya berehat kepada bukan lagi AMK. Saya lawan sebab saya ketua.
“Yang duduk tepi jalan (reformis) ini jawatan apa? Dalam beberapa majlis dulu (bukankah) saya dah lantik semua, tiap kali kempen (di Johor) saya lantik semua jadi ketua penernangan khas reformasi,” katanya.
Tegas Anwar, jika bukan KEADILAN yang berjuang untuk perubahan adakah parti Umno, MCA atau MIC akan melakukannya?
Sekiranya tidak, maka perjuangan perlu diteruskan biar apa pun halangan di hadapan.