GANG KLEPTO

 

GENG KLEPTO

1. Geng Klepto semakin terdesak sekarang. Yelah, kes Mahkamah Persekutuan dah nak dekat. Nak panggil Queen Counsel pun tak tentu lepas.

2. Yang lagi sorang pulak, kantoi banyak benda. Wang rasuah diberi setiap bulan dalam dollar Singapura. 4 tahun lamanya. Beratus juta juga. Dia kata bukan duit Kerajaan pun yang dia guna.

3. Habis tu duit tu datang dari mana? Kalau bukan duit mark-up projek yang beliau beri pada syarikat. Ingat syarikat nak rasuah guna duit sendiri. Of course diaorg masukkan sekali dalam kos projek. Seboleh2 nak bodohkan rakyat.

4. Sekarang kalau kita tengok Geng Klepto ni dah start cuci tangan. Kerajaan sekarang yang tengah berhempas pulas nak urus negara ketika krisis, dikatakan bukan Kerajaan UMNO. Geng2 ni dah start hentam Kerajaan lagi.

5. Ingat dulu masa Perikatan Nasional memerintah, walau pun UMNO dalam Kerajaan, mereka inilah yang meroyan tak sudah. Turut sama dengan Pembangkang naikkan sentimen Kerajaan Gagal. Sebab mereka lah Kerajaan PN tumbang.

6. Kalau nak hentam Pakatan Harapan tu kita paham. Memang seteru abadi sejak dulu. Tapi yang geng sekolam pun ko tak habis2 tak puas hati? Nasihat la PM tu kalau dia salah. Bukan ke satu parti? Takpun group whatsapp dah kena delete?

7. Ada yang cakap, corrupt leaders are better than incompetent leaders. Pengsan saya mendengarnya. Teruk sangat ke Malaysia, sampai kita nak kena hadap pemimpin korup jadi Perdana Menteri?

8. Satu je nak cakap, geng Klepto ni sebenarnya nak naik kembali. Bukan sangat pasal negara tapi sebab nak lepaskan tekak sendiri.

9. Tengokkan Pakistan apa jadi, selepas geng perasuah rampas Kerajaan dan jadi Perdana Menteri, kes mereka dilepaskan saja. Negara jadi pariah.

10. At the rate we are going, jangan terkejut kalau Klepto berkuasa kembali.

Salam hormat,

 LIYANA MARZUKI