Isu penahanan bekas penyanyi nasyid dan komposer terkenal, Muhammad Yasin Sulaiman kerana disyaki memiliki dadah dan menanam pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara masih menjadi bualan serta perdebatan panas dikalangan orang ramai.
Pertikai Wajah Artis Terpampang Di Media
Hal ini juga mendapat perhatian pelakon Fadzil Zahari, di mana suami kepada Yana Samsudin ini berkongsi pandangannya dengan memberi komen berkaitan kes Yasin diruangan komen posting milik portal media hiburan tempatan.
“Malaysia ku.. Tokan dadah kena tangkap bawa masuk ganja berkilo-kilo nilai RM3.3 Juta tak pula tunjuk muka, depa ni hat sehelai dua daun ganja muka terpampang merata-rata..” komen Fadzil
Netizen Setuju Dengan Komen Fadzil
Membaca komen Fadzil diruangan komen posting di Instagram portal media hiburan tempatan itu, menarik perhatian orang ramai dan rata-rata ramai yang bersetuju dengan pandangan pelakon tersebut.
“@fadzilzahari Bila kau bukan siapa-siapa bang”
“@fadzilzahari Biasa lah bang tokan ada bos besar kat belakang dok salut dana kena tahan hari ni, esok lusa lepas lah”
“@fadzilzahari Tu beza nya orang kaya dan B40”
“@fadzilzahari Duit adalah raja.. Faham-faham je lah.. Ini lah Malaysia” komen mereka
Untuk rekod, Mahkamah Seksyen dan Majistret menetapkan kes Yasin akan disebut semula pada 18 Mei ini nanti. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah berbahaya.