LINTAS CURI MINYAK SUBSIDI

 Lagu lama yang didendangkan semula. Yang ikut page aku pasti tahu dah berapa kali aku sentuh isu ini. Petanda yang subsidi RON95 akan dikurangkan.

Bila dah buka sempadan, apa yang nak dihairankan lagi? Benda ini biasa berlaku. Aku tinggal di JB dari lahir sampai beranak pinak. Tak pelik pun.
Bagi aku, kalau Singaporeans isi minyak untuk melancong dalam negara, tak ada hal. Minyak itu masih digunakan dalam negara lagi. Dan ia dapat boost industri pelancongan.
Yang kita tak nak, dia isi minyak lepas tu terus balik ke pulau. Macam tu kita rugi. Jadi kerajaan kenalah buat sesuatu. Buat peraturan kereta Singapura yang nak balik ke Singapura, minyak mesti kurang suku tangki.
Macam Singapura sendiri buat peraturan pada kereta yang nak keluar daripada pulau itu. Tak salah aku tak boleh kurang 75% ataupun setengah dari kapasiti tangki. Kita pun boleh buat peraturan yang sama.
Atau lebih berkesan, kenakan caj kepada setiap kereta Singapura yang nak masuk ke sini. Mungkin RM150 untuk setiap kereta sehari, macam yang dia buat pada kereta Malaysia nak masuk ke sana.
Setidaknya duit itu boleh disalurkan kepada subsidi petrol. Orang Singapura kaya. Setakat RM150 tu celah gigi dorang je. Kerajaan je yang bodoh, takut nak laksanakan.
Singaporeans tetap akan masuk Malaysia. Mereka cari makanan halal, mereka nak cari barangan yang murah. Mereka cari hiburan yang murah di sini.
Kalau caj masuk mahal, mereka boleh sewa kereta. Itu pun dah bagus sebab boleh hidupkan satu lagi industri di Johor. Jadi apa masalahnya?
Ada banyak cara nak selesaikan isu Singaporeans isi minyak di Malaysia. Tapi iyalah. Dah seluruh kabinet bodoh. Macamana nak fikir.
Yang dia tahu nanti, kurangkan subsidi je la. Rakyat susah dia peduli apa. Asalkan gaji dia tak terjejas. Palinh bodoh machai, tetap sokong. Guane boh?
May be an image of 1 person, car and text that says "K! DIGITAL Kosmo Online 5h Patutlah ramai bersesak di Tambak Johor dua hari lepas, ini 'kerja' mereka Lancar Responsif Efisien ht:/oom/2/0/alang -lb Gerakmu i SJT KOSMO.COM.MY Datang 'curi' minyak bersubsidi selepas sempadan dibuka"