Ucapan DSAI di Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Masyarakat anjuran Menteri Besar Selangor.
Beliau menyentuh keperluan memantapkan parti mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15.
Jentera parti dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan teori-teori pihak tertentu sebaliknya perlu lebih kuat rencana gerak kerja terhadap rakyat.
Beliau juga ingatkan pemimpin atasan dan elit politik parti agar contohi dan belajar pengalaman ketua kampung serta para aktivis di Selangor yang sentiasa kerja keras untuk rakyat.