BELUM SELESAI 1 MDB, KINI RASUAH GLC




Tatkala kes melibatkan 1MDB serta kes rampasan ratusan juta di Kota Kinabalu masih belum terungkai kini muncul pula kes rasuah melibatkan lapan individu yang direman berhubung kes rasuah melibatkan projek milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bernilai lebih RM2.3 bilion.

Pendedahan kes seperti ini menunjukkan bahawa negara kita semakin rosak akibat budaya rasuah yang berskala besar. Ia ternyata satu tragedi yang menimpa negara tatkala rompakan oleh pemimpin dan golongan elit mencecah puluhan bilion tanpa titik noktah, dan rakyat miskin serta golongan yang terpinggir hampir pasti tidak akan mendapat pembelaan.

Malah kes-kes seperti ini semakin rancak dan tiada ketegasan dari segi tindakan dan undang-undang oleh pihak berwajib.

Saya alukan langkah tegas SPRM dalam beberapa kes mutakhir ini, namun kami tetap mendesak agar tindakan terus diambil terhadap pimpinan politik dan penjawat awam.

ANWAR IBRAHIM