[TERKINI] Anti Lompat Parti: Pembangkang beri amaran terakhir kepada ker...


Blok Pembangkang di Dewan Rakyat hari ini memberi amaran terkahir kepada kerajaan untuk membentangkan segera Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti. Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) berkata demokrasi berparlimen di Malaysia ketika ini tidak subur disebabkan oleh hilangnya kepercayaan rakyat terhadap individu yang melaksanakan 'Sheraton Move'. Malah, katanya Indeks Persepsi Rasuah (CPI) turut terjejas disebabkan oleh sifat sesetengah pemimpin politik.