Sekali
lagi, aku tampil mengajar beberapa pengikut yang malas dan tidak rajin mencari
maklumat. Dengan selamba mereka mempersoalkan "Di mana Saifuddin Nasiution
lari pada tahun 2004?"
Jawapannya,
pada tahun 2004, beliau berpindah ke Kelantan dan aktif di Cabang Macang.
Beliau dilantik oleh MB Kelantan ketika itu, Almarhum Tok Guru Nik Aziz sebagai
penjaga atau pengurus Tabung Tok Kenali.
Beliau
tidak keluar parti wlaupun pun berkhidmat dgn MB Kelantan. Kerajaan Kelantan
memperkenal dan menggerakkan Skim Insuran Warga Emas kpd rakyat Kelantan, satu
projek kjaan negeri. Ratusan ribu rakyat Kelantan telah menerima manfaat. Masih
kita ingat, Zuraidah pernah tuduh saifuddin masuk pas dan terima habuan
berjuta. Saifuddin saman zuraidah dan kes masih di mahkamah .
Di
Kelantan beliau terus aktif berpolitik, memberikan ceramah di seluruh negara.
Jangan lupa, pada PRU tahun 2008, Keadilan menang bergaya dan berjaya mendapat
32 kerusi Parlimen serta menubuhkan kerajaan negeri di Selangor, Perak, Kedah
dan Penang.
Pada
Kongres Nasional Keadilan tahun 2017, Saifuddin Nasution dilantik sebagai
Pengarah Strategi parti. Rasanya cukup di situ untuk menjawab persoalan yang
dikemukakan. Apa yg pasti, Saifuddin Nasution tidak pernah berehat atau bercuti
bertahun2 jauh sekali merajuk meskipun tewas bertanding jawatan Timbalan
Presiden sewaktu pertembungan tiga penjuru di antara beliau, TS Khalid Ibrahim
dan Azmin Ali yang akhirnya Azmin menang kerana perpecahan undi antara beliau
dan TS Khalid.
Semoga
Allah membuka pintu hatinya untuk bertarung jawatan Timbalan Presiden kali ini
kerana Keadilan harus ada tokoh seorang pemimpin yang mempunyai nilai
tersendiri bukan sekadar penambah nilai.
WFAUZDIN NS