Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar.

 

Kalau nak kata pemimpin muda, inilah orangnya. Walaupun masing-masing berumur awal 40an, dalam politik itulah yang dikatakan muda. Bukan yang berumur 20an. Itu bukan muda tapi bayi yang baru nak belajar berjalan.

Kalau dalam bolasepak, usia seperti mereka seperti adalah pemain pasukan utama. Yang 20an macam pemain U18. Bukan kata tak pandai main. Ada juga pemain U18 yang lebih hebat daripada pemain utama. Cuma belum ada kematangan.

Bak kata Wenger, tulang masih lembut. Silap kena terjah, kaki boleh patah dan karier pun tamat awal. Ini cuma perumpamaan. Dan untuk makluman, aku bukan penyokong Arsenal.

Jadi anak muda yang nak berjinak dalam politik, kalau nak pilih ketua, merekalah orangnya. Kalau nak dijadikan contoh, merekalah juga orangnya. Kerana sudah banyak pengalaman yang mereka lalui selain punyai akal yang baik dan semangat yang kental.

Mungkin ada yang kata aku pentaksub Rafizi. Aku tak ada masalah. Sebab kalau aku taksub pun, aku taksub kepada orang yang betul. Orang yang ada track record yang baik. Bukan aku taksub kepada orang yang cuma pandai mengutuk.

Kembalinya dua insan hebat ini ke dalam politik Malaysia, merupakan sinar baharu buat rakyat terutama terhadap parti Keadilan. Mereka kembali untuk membantu presiden. Bukan untuk jatuhkan atau menandingi presiden.

Ada cakap-cakap yang menghasut ahli Keadilan untuk percaya Rafizi bertujuan untuk jatuhkan DS Anwar. Itu hanyalah kata-kata mereka yang mahu timbulkan keraguan terhadap Rafizi dengan maksud untuk gagalkan Rafizi mengambil tempat Timbalan Presiden.

Usah hirau cakap begitu. Kedua mereka sudahpun menafikannya. Apa yang pasti, kepulangan mereka sudah sedia menggegar lawan. Sudah ada yang tak tidur lena. Malah cytro mereka juga sudah mula aktif menyerang.

Bila musuh mulai bimbang, maka itulah petanda kita di landasan yang tepat. Seharusnya kedua tokoh ini diberikan sokongan yang maksima. Aku percaya imej Keadilan dan PH dapat dipulihkan dengan kehadiran mereka sekaligus bakal menarik minat ramai anak muda dan pengundi baru untuk bersama dalam perjuangan ini. Guane boh?

Raja Gelap