DULU MASA PH TAK BOLEH HISAP ROKOK DIKEDAI KENA KECAM. SEKARANG RUU NAK LARANG JUAL ROKOK PULA....WOIII TAK MAU BISING KA WOIII

 

Larangan jualan rokok: RUU dibentang Julai, kata KJ




Khairy Jamaluddin berkata, RUU untuk melarang
 penjualan rokok dan produk tembakau kepada
 individu lahir selepas 2005 sedang dimuktamadkan
 oleh Jabatan Peguam Negara.

SEPANG: Rang Undang-undang (RUU) untuk melarang penjualan rokok dan produk tembakau kepada individu yang lahir selepas 2005 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Julai ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, RUU itu sedang dimuktamadkan oleh Jabatan Peguam Negara dan akan siap dalam masa dua minggu.

“Hasrat kita ialah mengharamkan jualan rokok kepada sesiapa yang lahir selepas 2005.

“Apabila RUU itu bersedia untuk dibentangkan, saya akan mengemukakannya terlebih dahulu kepada jawatankuasa pilihan Parlimen mengenai kesihatan, sains dan inovasi,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan MyChampion, inisiatif kesihatan komuniti.

Pada 26 Jan lalu, Khairy ketika bercakap dalam mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia sesi ke-150 di Geneva berkata, Malaysia berharap dapat meluluskan satu undang-undang untuk melahirkan “generasi ‘endgame’ terhadap merokok”.

Kementerian Kesihatan (KKM) kemudian mengesahkan undang-undang itu juga akan melarang penjualan vape dan e-rokok kepada mereka yang lahir selepas 2005.

Mengenai MyChampion, Khairy berkata, ia adalah singkatan kepada Ejen Komuniti Kesihatan Rakyat Malaysia, dengan sukarelawan dilatih dalam budaya hidup sihat, amalan baharu, vaksinasi dan penjagaan kelestarian alam sekitar.

Katanya, inisiatif itu akan memainkan peranan penting ketika negara mula beralih ke fasa endemik mulai bulan depan.

“Seramai 7,000 sukarelawan telah dilantik daripada pelbagai agensi tahun lalu. Tahun ini, KKM menyasarkan untuk melatih 10,000 sukarelawan lagi.”

No comments: