Diterbitkan: Feb 9, 2022 2:32 AM
1 Mahkamah larang Najib lupus aset AS681 juta, boleh keluar RM100,000 sebulan.
2. Mahkamah keluarkan perintah injunksi Mareva ex-parte kepada 1MDB dan subsidiarinya untuk membekukan aset Najib atau ejennya.
3. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah injunksi Mareva ex-parte kepada 1MDB dan subsidiarinya untuk membekukan aset Najib Razak atau ejennya berkaitan tuntutan syarikat itu terhadap AS$681 juta yang didakwa disalurkan ke akaun peribadi bekas perdana menteri itu.
4.Permohonan ex-parte yang diberikan pesuruhjaya kehakiman Atan Mustaffa Yussof Ahmad semalam hanya membenarkan Najib mengeluarkan tidak lebih RM100,000 sebulan daripada akaun banknya untuk perbelanjaan, menurut laporan The Edge.
5. Injunksi Mareva adalah perintah pembekuan atau perlindungan aset yang menghalang defendan atau responden daripada mengalihkan asetnya, yang mungkin termasuk wang dalam bank atau institusi kewangan, ketika proses perundangan sedang berjalan.
6.Perintah tersebut hanya untuk Najib walaupun saman 1MDB tersebut turut menamakan bekas pengarah dan ahli lembaga penasihat yang lain.
7.Najib perlu membuat permohonan kepada peguam cara 1MDB jika dia perlu mengeluarkan wang lebih daripada RM100,000 sebulan, seperti yang dinyatakan mahkamah.
8.Antara sebab 1MDB dan subsidiarinya membuat permohonan tersebut adalah berikutan sabitan terhadap Najib dalam kes rasuah SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
9.Mahkamah menetapkan 21 Februari ini bagi mendengar hujah pihak Najib jika dia memutuskan untuk mengetepikan injunksi itu.
10.Permohonan Injunksi dibuat oleh 1MDB dan Global Diversified Investment Company Ltd (sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investment Ltd atau 1MDBGIL), serta tiga lagi unitnya menerusi firma guaman Messrs Skrine.
11.Sebelum ini, 1MDB dan bekas subsidiarinya, SRC International Sdn Bhd memfailkan saman RM23 bilion terhadap Najib dan beberapa lagi yang didakwa terlibat dalam skandal kewangan syarikat itu.
12 Pada Julai 2020, Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas disabitkan bersalah bagi tujuh pertuduhan jenayah dalam kes membabitkan SRC International Sdn Bhd.
13 Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan itu. Kes itu akan didengar di peringkat Mahkamah Persekutuan.
14 Sementara itu, Bernama melaporkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan satu anak syarikatnya memperoleh perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk menghalang Datuk Seri Najib Tun Razak melupus atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia sehingga US$681 juta.
15 Berdasarkan dokumen yang diperoleh media, injunksi tersebut juga mengehadkan Najib mengeluarkan wang tidak melebihi RM100,000 sebulan yang diperlukannya untuk perbelanjaan sara hidup serta perbelanjaan guaman.
16.Sekiranya Najib memerlukan lebih daripada jumlah tersebut, beliau perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada peguam1MDB dan Global Diversified Investment Company Limited (sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited).
17 Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Atan Mustaffa Yussof Ahmad dalam prosiding dalam talian semalam selepas membenarkan permohonan injunksi mareva ex-parte (sebelah pihak) yang dipohon 1MDB dan Global Diversified yang merupakan plaintif pertama dan kelima dalam kes saman 1MDB terhadap Najib dan beberapa yang lain.
18.Mahkamah larang Najib lupus aset AS681 juta, boleh keluar RM100,000 sebulan
Diterbitkan: Feb 9, 2022 2:32 AM
⋅
19Injunksi mareva adalah perintah menghalang seseorang daripada melupuskan harta sementara kes sedang berjalan.
20 Perintah itu juga menyatakan, Najib mestilah membuat pendedahan secara bertulis kepada 1MDB dan Global Diversified berhubung asetnya sehingga pada nilai US$681 juta sama ada di dalam atau di luar negara, sama ada di bawah namanya sendiri atau tidak, dan sama ada milikan secara tunggal atau secara bersama defendan lain.
21Beliau hendaklah memberikan nilai, lokasi serta segala maklumat aset dan maklumat itu perlu disahkan melalui suatu afidavit dan disampaikan kepada peguam plaintif pertama dan kelima.
22 Jika keseluruhan nilai bebas daripada gadaian atau apa-apa sekuriti asetnya di negara ini melebihi jumlah US$681 juta, Najib boleh mengalihkan atau melupuskan aset itu asalkan jumlah nilai tanpa beban kekal berjumlah tidak kurang daripada US$681 juta.
23 Perintah tersebut juga menyatakan bahawa mana-mana individu dalam prosiding ini atau sebaliknya, yang dimaklumkan mengenai perintah berkenaan tidak seharusnya membantu atau membenarkan pelanggaran perintah di mana mereka boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah jika berbuat demikian.
24 Perintah itu berkuat kuasa sehingga mahkamah mendengar permohonan injunksi inter-parte (dua pihak) pada 21 Feb.
Seorang peguam Tetuan Skrine yang mewakili 1MDB ketika dihubungi mengesahkan keputusan mahkamah itu.
25Dalam saman itu, 1MDB, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited selaku plaintif manakala Najib, Terrence Geh Choh Heng (bekas Pengarah Kewangan 1MDB), Jasmine Loo Ai Swan (bekas Peguam 1MDB), Casey Tang Keng Chee (bekas Pengarah Eksekutif 1MDB), Vincent Beng, Radhi Mohamad (Ketua Pegawai Operasi 1MDB) sebagai defendan.
26 Turut dinamakan sebagai defendan iaitu Kelvin Tan Kay Jim (bekas Pengarah Pelaburan) dan Nik Faisal Ariff Kamil (bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd).
27.Saman US$8 bilion itu adalah satu daripada 22 saman sivil yang difailkan untuk menuntut lebih US$23 bilion bagi pihak 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International terhadap beberapa individu yang didakwa terlibat dalam skandal kewangan itu.