NORMAN RADZUAN
PENURUNAN KETARA PENGGUNA FACEBOOK
Dalam beberapa tahun ini Facebook co founder Mark Zuckerberg
personally lost nearly US 32 billion. Ia kerugian yang cukup besar berlaku dalam
sejarah FB selepas menguasainya laman media sosial selama 10 tahun.
Kemunculan Tik Tok dan karenah Apple telah membuat Facebook
semakin dipinggirkan. Malah anak-anak muda di seluruh dunia merasa malu mempunyai
akaun FB kerana beranggapan ia adalah akaun laman sosial untuk orang-orang tua atau
golongan kedua ibu bapa mereka.
Tik Tok pada awalnya dianggap media sosial untuk anak muda selepas
Instagram. Lama kelamaan konsep video pendek Tik Tok mendapat sambutan. Masing-masing ingin menjadi pengarah, jurukamera dan pelakon terbitan sendirian punya. Apapun
ramai bakat-bakat terpendam lahir dengan idea yang cukup kreatif.
Pada awalnya ia sering digunakan oleh anak muda persembahkan
tarian, nyanyian serta lifestyle mereka. Lama kelamaan golongan dewasa dan
pelbagai peringkat umur juga menggunakannya untuk tujuan pemasaran perniagaan dan
politik.
Rahsia kejayaan Tik Tok diakui Mark Zuckerberg hingga
mengarahkan kakitangan Facebook menumpukan kepada 'video pendek' yang menjadi trend
anak muda dan masyarakat hari ini.
Persoalannya adakah nasib Facebook akan terjadi sepertimana
pernah mereka perlakukan kepada Myspace yang pernah menjadi media sosial nombor satu
dunia. Atau juga Friendster yang pernah juga popular sebelum dirampas oleh
Myspace.
Friendster ditinggal kerana Myspace membenarkan penggunanya
menggunakan nama samaran. Facebook pula mengambil alih kerana ia membenarkan
pengguna berbicara panjang lebar serta memboleh gambar dan video dimasukkan.
Facebook mengungguli carta pengguna media sosial Malaysia no 1
diikuti Whatsapp, Instagram dan Twitter. Instagram menguasai golongan remaja
sebelum ini kerana konsep gambar tanpa artikel panjang lebar seperti di FB.
Kemunculan Clubhouse kurang sambutan sepertimana Tik Tok.
Dalam tempoh setahun ini Tik Tok menguasai bukan sahaja pengguna
laman sosial di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Akhirnya FB mengalami
kerugian ratusan billion ringgit angkara Tik Tok apabila pengguna FB semakin berkurangan.
Apa yang kita pelajari... zaman sekarang anak-anak muda 'malas membaca'.
Anak muda mahu sesuatu yang pantas dan itulah gaya hidup mereka. Secara
keseluruhan semua media sosial termasuk Youtube telah membunuh dunia surat
khabar dan majalah. Now everyone can be reporter.
Teknologi berjalan pantas dan saya baru 10 hari ini membuka
akaun Tik Tok. Teknologi saling bertukar sepertimana virus. Nasib ada vaksin.
Cuma dunia belum menghasilkan vaksin melawan virus malas kepada manusia.