Bekas Menteri Wilayah
Persekutuan, Khalid Samad menegaskan, nilai tanah Kampung Sungai Baru, Kampung
Bharu adalah antara RM850 hingga RM1,000 sekaki persegi sebagaimana nilai tanah
di Kampung Bharu di bawah Malay Agriculture Setlement atau Mas.
Ini kerana, katanya, Kampung Sungai Baru terletak di sebelah Kampung Bharu dan di sebelah Segitiga Emas (Golden Triangle), Kuala Lumpur.
Kedudukan Kampung Sungai Baru antara
Kampung Bharu dan KLCC di kawasan Golden Triangle, Kuala Lumpur.
Ahli Parlimen Shah Alam
itu mengaku dan tahu Kampung Sungai Baru bukan dalam kawasan Mas tetapi
ia berhampiran Segitiga Emas (Golden Triangle) Kuala Lumpur.
seperti Mas yang cukup ketat misalnya ang
Melayu. Tu sekatan-sekatan yang cukup berat,” kata Khalid.
Tetapi yang kurangnya Kampung Sungai Baru ini adalah lease hold,
kata Khalid.
“Tetapi tiada sekatan yang seberat kawasan Mas maka harganya
mestilah dalam lingkungan RM850 ke 1,000 sekaki persegi seperti yang saya tawar
dulu untuk kawasan Mas,” kata Khalid.
Khalid berkata demikian ketika mengemukakan usul tergempar di bawah Perkara 18 (2) di Dewan Rakyat yang bersidang di Kamar Khas petang semalam.
“Ia tidak mempunyai sekatan-seka tidak boleh dimiliki oleh orang
bukan Melayu malah nak sewa pun kena orang Melayu.
“Nak sewa rumah, bangunan dalam kawasan Mas pun mesti orang
Melayu. Tu sekatan-sekatan yang cukup berat,” kata Khalid.
Tetapi yang kurangnya Kampung Sungai Baru ini adalah lease hold,
kata Khalid.
“Tetapi tiada sekatan yang seberat kawasan Mas maka harganya
mestilah dalam lingkungan RM850 ke 1,000 sekaki persegi seperti yang saya tawar
dulu untuk kawasan Mas,” kata Khalid.
Khalid berkata demikian ketika mengemukakan usul tergempar di bawah Perkara 18 (2) di Dewan Rakyat yang bersidang di Kamar Khas petang semalam.
“Ia tidak mempunyai sekatan-sekatanUsul itu dibincangkan semalam di Kamar Khas
dengan dihadiri oleh wakil-wakil rakyat dari Kuala Lumpur dan dijawab oleh
Menteri Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Datuk Seri Shaidan Kassim.
Usul
ini dikemukakan berikutan tindakan kerajaan memberikan kebenaran kepada pemaju
menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambil tanah itu secara paksa
dengan diberikan pampasan.
Media
melaporkan, tanah itu dinilai debngan harga hanya RM400 sekaki persegi sahaja
manakala pemilik unit di flat di situ hanya diberikan pampasan sekitar RM240,000
se unit sahaja.
Ketika
menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid membuat tawaran untuk kerajaan
membeli tanah Kampung Bharu di bawah Mas dengan harga RM1,000 sekaki persegi.
Namun
ia dicerca oleh pelbagai pihak termasuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib
Razak yang berkata, tanah di sebelah Kampung Bharu iaitu di KLCC bernilai
RM3,000 sekaki persegi.
“Dahulu
saya dituduh brokerlah, nak halau Melayu dari bandar, tuntut harga RM3,000
sekaki persegi, ini semua mainan politik yang songsang dan tidak bertanggungjawab.
“Saya tidak hendak buat kerja-kerja macam itu ye, ini bukan cara kita,” kata Khalid dalam usulnya petang semalam.