Jumlah keluar mengundi rendah, calon DUN Lendu minta pengundi tunai tanggungjawab

 

Jumlah keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri Melaka hari ini masih rendah sekitar 17% daripada pengundi berdaftar, setakat pukul 10.00 pagi.



Sehubungan itu, calon DUN Lendu, Mohamad Asri Ibrahim menyeru agar pengundi-pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada sebelah tengah hari dan petang.



"Yang belum mengundi minta keluar mengundi, minta tunaikan tanggungjawab, tunjukkan mesej yang jelas.



"Saya selesai buat tinjauan, kalau kita tengok peratusan mengundi masih lagi kurang. Saya minta kawan kawan yang ada di sini untuk bantu keluar mengundi.



"Waktu sampai pukul 5.30 petang. Turun semua mengundi. IsyaAllah perubahan akan berlaku," katanya ketika meninjau di pusat pengundian di Masjid Tanah.



Penganalisis politik meramalkan sekiranya jumlah keluar mengundi mencecah 80% maka Pakatan Harapan akan berjaya dalam pilihan raya kali ini.



Manakala bagi seorang pengundi muda yang ditemui Suara Keadilan, Mohd Rosli, tidak ada yang perlu dibimbangkan seperti berlakunya jangkitan Covid 19 di pusat pengundian, kerana katanya, prosedur mengundi yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya begitu teratur dan mampu menghindari jangkitan pandemik.


Mohd Rosli



"Baik. A plus. Siap sanitizer (prosedur pengundian).