( BERGAMBAR ) AKTIVIS DAN PENYOKONG PH NEGERI PAHANG SERAH MEMORANDUM BANTAHAN KEPADA ADUN BILUT, YB LEE CHIN CHEN

 

Petang tadi, Isnin (29/11/21) sekitar jam 2.30 petang, beberapa aktivis dan penyokong PH Pahang telah menghantar memorandum bantahan kepada Adun Bilut, YB Lee Chin Chen di pejabatnya di Bentong.
Memorandum bantahan tersebut adalah berkaitan kenyataan biadab Ketua Pembangkang Dun Pahang berkenaan yang mana telah mendesak Ketua Pembangkang yang juga Pengerusi PH, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang. Pada masa yang sama Adun Bilut tersebut telah memberikan 'ancaman atau ugutan' sekiranya Ketua Pembangkang tidak meletakkan jawatan, beliau akan mencadangkan kepada Dap untuk parti tersebut keluar dari PH.
Memorandum berkenaan hanya dapat disampaikan kepada Pegawai Khas beliau di pejabatnya kerana alasan yang diberikan Adun tersebut tiada di pejabat kerana urusan di Kuantan.
Turut serta dalam rombongan ke pejabat Adun Bilut petang tadi adalah Ketua Cabang Keadilan Bentung, Sdr Shan dan Aktivis mewakili parti Amanah Dun Bilut, Bentong sdr Aeri. Memorandum tersebut telah disampaikan oleh Sdr Kamarulhatta mewakili aktivis dan penyokong PH Pahang. Berapa AJK Keadilan Cabang Bentong turut hadir.
Mereka mendesak agar Adun Bintong menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka. Sekiranya gagal berbuat demikian, kami akan mendesak supaya semua jentera Keadilan dan Amanah di Bentong menghentikan sebarang kerjasama dengan Dap di Dun Bilut.
WAN FAUZULDIN WAN SAMAD
Ketua Cabang Paya Besar
May be an image of 2 people and people standingMay be an image of 10 people, people standing and outdoors
May be an image of 3 people, people standing and indoorMay be an image of 4 people

May be an image of 3 people, people standing and outdoorsMay be an image of 7 people, people standing and road


May be an image of 2 people and people standing