Ulama Pas takut apa kena serang?
Dia mengaku dirinya ulama yang kena serang. Katanya, tak ada kerja lain, serang orang islam sahaja khasnya ulama termasuk saya.
Kalau “saya” ulama, “saya” tak payahlah merungut kena serang. Biasalah. Ulama apa merungut? Koman spana aih…!
Dalam kuliah dok cakap pasal siksa kubur. Takkan kena serang sikit dah ngomel dalam fb. Itu belum kena siksa kubur lagi.
Serang ulama pas tak bermakna serang orang islam. Ada berjuta orang islam lain tak kena serang pun.
Memang la ulama pas orang islam. Kalau ulama pas boleh serang orang islam lain, takkan ulama pas tak boleh diserang pulak?
Oh… jadi ulama dalam pas tak susah manalah ye? Sama ada mengaku ulama, dipanggil ulama atau masuk dewan ulama.