Q&A ISU PULAU BATU PUTEH
Perdana Menteri, Ismail Sabri umum tubuh pasukan khas untuk kaji dan ambil tindakan undang undang ke atas pihak yang di dapati melakukan kecuaian dan kekhilafan kerana tidak meneruskan permohonan semakan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memberikan hakmilik Pulau Batu Putih kepada Singapura pada tahun 2008.
1. Siapakah pihak yang di katakan cuai dan khilaf tersebut?
Kerajaan PH dan PM nya ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir. Kerana ketika menjadi PM pada bulan Mei 2018, Tun telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan permohonan semakan penghakiman yang di kemukakan oleh Apandi Ali, Peguam Negara terdahulu kepada ICJ pada bulan Februari 2017.
2. Apa yang di maksudkan dengan semakan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ke atas Pulau Batu Putih?
Mahkamah Keadilan Antarabangsa di dalam penghakimannya pada tahun 2008 telah memberikan hak pemilikan Pulau Batu Putih kepada Singapura. Dan di dalam penghakiman tersebut juga di nyatakan yang keputusan ICJ adalah MUKTAMAD dan TIDAK BOLEH DI RAYU. Melainkan jika dalam “tempoh 10 tahun” selepas penghakiman di buat, Malaysia mempunyai BUKTI BARU membuktikan pemilikan ke atas Pulau Batu Putih.
3. Apakah bukti baru yang di perlukan?
Di dalam perbicaraan di ICJ pada tahun 2008, Malaysia mendakwa bahawa pada tahun 1844 Gabenor Negeri Selat ketika itu William Butterworth telah menulis surat kepada Sultan dan Temenggong Johor meminta kebenaran untuk membina rumah api di Pulau Batu Putih. Surat yang di jadikan sebagai bukti yang British mengiktiraf pemilikan Johor ke atas Pulau Batu Putih.
Bagaimana pun Malaysia tidak mempunyai salinan surat Gabenor Butterworth tersebut. Dan tidak mengetahui isi kandungannya. Yang ada di dalam simpanan Malaysia ketika itu cuma lah salinan terjemahan di dalam bahasa Inggeris surat jawapan balas Sultan Johor bertarikh 25/11/1845 kepada surat Gabenor Butterworth.
Surat yang antara lain berbunyi;
"Saya telah menerima surat sahabat saya dan sebagai balasan saya ingin memaklumkan sahabat saya yang saya memahami kehendaknya dan saya teramat gembira dengan apa yang di maksudkan di mana ianya (rumah api) akan membolehkan pedagang dan yang lain untuk masuk dan keluar dari pelabuhan dengan lebih keyakinan..."
Tiga hari setelah menerima surat jawapan Sultan Johor tersebut Gabenor Butterworth pada 28/11/1844 telah menulis surat kepada Setiausaha Kerajaan British di India mencadangkan supaya rumah api Horsburgh di bina di Pulau Batu Putih (di kenali sebagai Peak Rock ketika itu). Dan surat tersebut antara lain menyebut....
"Pulau ini adalah jajahan Raja Johor di mana Baginda bersama Temenggong Johor telah dengan sukarela dan berbesar hati melepaskan nya kepada Syarikat Hindia Timur.
(Nota : Pada tahun 1824 Sultan Johor, Sultan Hussein Shah dan Temenggung Abdul Rahman telah menjual Singapura kepada Syarikat British India melalui Perjanjian Crawfurd. Dimana Sultan Johor di bayar tunai 33,200 Spanish Dollars beserta elaun bulanan sebanyak 1300 Spanish Dollar seumur hidup. Manakala Temenggong pula di bayar elaun bulanan sebanyak 700 Spanish Dollars beserta bayaran tunai 26,800 Spanish dollars).
Jelas surat jawapan balas Sultan Johor tersebut tidak menjelaskan samada Gabenor Butterworth di dalam surat beliau meminta kebenaran atau hanya sekadar memaklumkan tentang pembinaan rumah api tersebut kepada Sultan Johor.
Berbanding isi kandungan surat Gabenor Butterworth kepada Setiausaha Kerajaan British di India di mana beliau dengan jelas memperingatkan bahawa Sultan Johor dan Temenggung telah menyerahkan hak milik Pulau Batu Putih kepada Syarikat Hindia Timur (melalui Perjanjian Crawford 1824)
Dan setelah keputusan penghakiman ICJ pada tahun 2008, Menteri luar ketika itu Tan Sri Rais Yatim telah membuat kenyataan menyambut baik keputusan tersebut sebagai MENANG MENANG dan akan berusaha meneruskan pencarian salinan surat Gabenor Butterworth kepada Sultan dan Temenggong Johor.
5. Adakah Apandi Ali mempunyai surat tersebut ketika mengemukakan permohonan semakan kepada ICJ pada tahun 2017?
TIDAK. Yang ada hanya lah beberapa dokumen laporan insiden laut berdekatan Pulau Batu Putih pada tahun 50 an dan 60 an yang langsung tidak relevan dan tidak kuat untuk menyokong permohonan Malaysia.
6. Kalau dah tahu tak ada surat salinan Gabenor Butterworth kenapa Apandi Ali masih kemukakan permohonan pada ICJ?
Sebab nak mainkan sentimen dan emosi orang Melayu dengan Singapura. Sebab PM ketika tu Najib terus kena belasah sebab skandal 1MDB. Dan sebab PRU14 dah makin hampir ketika tu.
7. Apa peranan Apandi Ali di ICJ pada tahun 2008?
Dia salah seorang peguam dari Jabatan Peguam Negara yang di amanah dan di pertanggungjawabkan untuk memperjuangkan hak Malaysia ke atas Pulau Batu Putih di ICJ pada tahun 2008 tetapi GAGAL. Mungkin sebab malas nak buat homework. Tengok muka pun tahu muka pemalas.
8. Jadi siapakah yang sepatutnya di pertanggungjawabkan dan di persalahkan di atas kegagalan Malaysia mempertahankan Pulau Batu Putih?
Pak Lah Perdana Menteri ketika itu (2008) dan barisan kabinetnya termasuklah Najib dan Zahid Hamidi kerana terlalui mempercayai Apandi Ali untuk memperjuangkan hak Malaysia ke atas Pulau Batu Putih di ICJ.
Teks Asal : Mohd Hanizam Yunus
P/s : Sultan Johor bertitah tindakan mesti diambil “jika benar” ia mempunyai unsur kecuaian dan kekhilafan. Saya ulang….. JIKA BENAR.
Jadi, apa pandangan dan kefahaman yang tuan-puan faham berhubung isu ini berdasarkan keterangan-keterangan di atas?
PERINGATAN : Dalam isu ini, saya tidak memihak kepada PH atau BN mahupun PN. Hantaran ini bukan politikal melainkan bertujuan untuk mendidik pemikiran bangsa Malaysia berfikir dengan cara yang betul dan merdeka.