Oleh RAYMOND LUI / October
16, 2021
Kerajaan Negeri Sarawak di bawah
Gabungan Parti Sarawak (GPS) digesa supaya tidak mengadakan Pilihan Raya Negeri
(PRN) Sarawak Ke-12 dalam tempoh darurat sehingga 2 Februari 2022.
Pengerusi
Parti AMANAH Negara Negeri Sarawak, Abang Abdul Halil Abang Naili berkata,
langkah mengadakan PRN12 dalam masa terdekat ini haruslah dielakkan kerana ia
mampu mengundangkan risiko lebih-lebih lagi dengan kes Covid-19 yang belum
nampak reda sekarang.
“Kita
mengambil maklum terdapat arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak
berkaitan urusan pilihan raya kepada kumpulan tertentu bagi menghadapi PRN12
dalam masa terdekat ini.
“Sebagai parti yang mendokong
sistem demokrasi dan mengambil berat kesihatan awam, AMANAH Sarawak berpendapat
mengadakan pilihan raya dalam tempoh darurat yang ditetapkan sehingga 2
Februari 2022 adalah suatu risiko kesihatan yang perlu dielakkan” soal Abang
Halil dalam satu kenyataan di Kuching hari ini.
Malah,
tegasnya pada masa sama pemimpin GPS seolah-olah ingin mengelak penglibatan
pengundi berumur 18 tahun ini yang hanya dapat diwartakan seawal tahun depan
jika PRN12 diadakan hujung tahun ini.
“Perkara
ini kelihatan bercanggah dengan kenyataan Menteri Muda Datuk Abdullah Saidol
yang menyatakan GPS sentiasa bersedia berdepan undi18 pada PRN12 kelak.
”
Oleh demikian, AMANAH Sarawak mendesak agar PRN ini hanya diadakan selepas
tamat darurat yang telah ditetapkan dan pengundi 18 telah sah dan dapat
terlibat sebagai pemilih dalam PRN12 nanti,” ujar beliau lagi.