SEMASA muktamar Pas ke-61 yang berlangsung di
Kuala Selangor tahun 2015 golongan agamawan juga dikenali golongan ustaz dalam
Pas beraya sakan apabila mereka dapat menyingkirkan puak profesional - liberal (Prolib) dalam
parti itu. Semua golongan Prolib dalam parti itu yang memegang
jawatan dalam parti, termasuk timbalan presiden dan naib tresiden
kecundang.
Yang lekat atau kekal
seorang sahaja, Mazlan Aliman. Beliau masih dipilih sebagai ahli
jawatan kuasa kerja Pas pusat. Macam mana Mazlan dapat berada dalam rangkaian
ulama, mungkin kerana kejayaan dan kehebatannya dalam mendekati dan merombak
pemikiran masyarakat Felda daripada terus berkarat dengan UBN mengubah haluan
menyokong pembangkang, PH. Jasa dan usaha Mazlan untuk itu dikenang para
muktamirin.
Mazlan adalah
presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), yang
mendekti dan memesrai masyarakat Felda. Mazlan jadi gundal dalam Pas.
Ini nyata, kerana apabila
Mazlan sudah tiada dan aktif dalam Pas, ANAK terus jadi terbantut dan tidak
membangun. ANAK seperti sudah kecacingan. Seharusnya Pas perlu growth seseorang
untuk mengambil alih tempat Mazlan bagi mendekati masyarakat Felda memastikan
masyarakat itu terus bersama pembangkang. Perlu diketahui kawasan Felda
menguasai sebanyak lebih 52 kerusi parlimen. Dalam Piraum
ke-14, 20 kerusi dalam kawasan Felda sudah merubah selesa dengan memilih
pembangkang (PH).
Kekalahan membaca naas.
|
Husam Musa |
Seperti umum ketahui dan sudah dirakam sejarah,
kekalahan semua pimpinan Prolib itu membawa naas kepada Pas.
Parti itu berpecah dengan tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah). Mereka yang
kalah berpakat menubuhkan parti itu di rumah Jaafar Kamaruddin, kecuali Husam
Musa yang kalah untuk kerusi naib Presiden Pas tidak bersekongkol. Beliau
menyertai Amanah selepas enam bulan parti itu ditubuhkan dan selepas beliau
dipecat tanpa bicara oleh Pas.
Merugikan kerana kalau
Pas tidak berpecah dan wujudnya Amanah, mungkin dalam Piraum ke-14 itu dan
(jika Pas masih bersama PH), parti agama itu boleh menggandong sampai lebih 30
kerusi parlimen berbanding 18 yang diraihnya.
Ketika saat kemenangan
menyingkirkan golongan Prolib itu, golongan ustaz bukan main
seronok dan gembira kerana mereka telah menguasai Pas sepenuhnya. Mereka tidak
bimbang lagi dengan gerakan dan aliran sekular daripada Prolib yang
hendak membawa Pas melangkah keluar dari kepompong fahaman konservetif bagi
mengelakkan Pas tepu dengan cara lama. Dengan tiadanya golongan Prolib usaha
untuk meliberalisasikan Pas mengikut politik kontemporari, sesuai dengan
perkembangan semasa dan membuang method lama tidak berlaku
lagi.
Golongan agama atau ustaz
yang naif mengenai ilmu pentadbiran, kewangan dan diplomatik ini mahu Pas kekal
dengan pendekatan yang konservetif yang digunapakai sejak mereka mengalahkan
golongan Islam modern (nasionalis), yang menguasai Pas ketika itu, yang dibawah
pimpinan Allahyarham Mohd Asri Muda. Kepimpinan Asri
dijatuhkan dengan cara diluar tertib Pas sebagai parti agama, dalam suatu
peristiwa "marakbar" (pergi mampos) Asri.
Kebimbangan golongan
ulama ini kepada Mohd Asri ialah kerana Asri akan menuteralisasikan Pas
menjadikan sebagai parti kebangsaan (nasionalis) yang bukan total agama.
Kebimbangan itu dilihat kepada usaha Asri sebelum ini yang telah membawa Pas
bekerjasama dengan Umno menerusi Barisan Nasional (BN).
Antara perkara yang tidak
disenangi oleh golongan agama itu menyebabkan mereka kemudian membentuk
kepimpinan ulama, kononnya Asri tidak berjiwa Islam tulen. Salah satunya Asri
tidak mencanangkan untuk melaksanakan hukum Hudud. Revolusi Iran yang memuncak
pada tahun 80-an telah mempengaruhi Pas. Ada sebilangan orang (pemuda) mahu Pas
bergerak seperti revolusi itu, sedangkan mereka lihat Asri tidak bersetuju
kerana memahami revolusi itu ditunjangi semangat Syiah.
Bagi Asri cara politik
Arab (Iran), assobiyah dan fahaman sempit agama (fanatik)
tidak sesuai untuk dipraktikan dalam negara majmuk dan bebas beragam seperti
Malaysia. Baginya pendekatan berhikmah dan bertoleransi lebih wajar
dipraktikan. Sikap dan teropong politik Asri itu menerjah jauh dan baru
difahami oleh golongan fanatik agama (golongan kemelak) itu
setelah lebih 40 tahun kemudian sesudah mereka memaki hamun Asri.
Kerana perhitungan itulah
maka kepimpinan Asri harus ditumbangkan. Kejatuhkan kepimpinan Asri itu diganti
dengan kepimpinan ulama yang bunyinya lebih Islami dan indah berbanding
kepimpinan Asri yang lebih berbau nasionalis Islami. Ironi, kejatuhan
kepimpinan Asri turut disumbang sama oleh anggota Dewan Pemuda Pas, yang mana
salah seorang yang menjadi juara menentang Asri ialah Mohamad bin Sabu yang
kini menerima nasib sama dengan Asri di marakabar bila
ditendang keluar daripada Pas.
Kemenangan dan penguasaan
yang tidak jamin ketenangan.
Selepas wujud dan
mengakar umbinya kepimpinan ulam dalam Pas, ia tidak menjamin parti agama itu
tenang dan terlepas daripada mengalami perselisihan dan perbalahan. 33 tahun
selepas itu berlaku pertembungan fahaman dipandu Asri dengan golongan agama, ia
sekali lagi berlaku pergolakan dalam Pas kerana pertempuran faham dan juga
citarasa untuk membawa Pas.
Pertembungan kedua
berlaku antara golongan Prolib yang disokong oleh Allahyarham Tokguruku Nik
Abdul Aziz dengan golongan warisan ulama yang membentuk kepimpinan
ulama.
Golongan Prolib yang
sebelum ini bergantung hayat dengan golongan ulama untuk mengembangkan pengaruh
dan kekuatan siasah Pas mula membuat perubahan dalam Pas selepas mereka
melihat, kaedah atau method kepimpinan ulama tidak mampu
membawa Pas pergi jauh melainkan hanya dapat mempengaruhi golongan Melayu
kampung semata-mata.
Kepimpinan ulama masih
dalam perkup lama membawa retorik Islam yang konservetif penuh idealis.
Sebaliknya mereka (Prolib) bergerak ke arah realis terutamanya
dalam soal pentadbiran, pengurusan parti serta hubungan antara kumpulan.
Perubahan demi perubahan yang dibawa oleh golongan ini yang menumpang diserambi
kepimpinan ulama, menjadikan Pas semakin dikenali dan disegani. Tetapi
pergerakan mereka terhad dan dipantau. Sementara dalam masa sama kepimpinan
ulama terus mengampuhkan kepimpinan mereka dengan menanamkan doktrin menjadi
Pas parti dogmatik.
Pembentukan Majlis Syura
Ulama (MSU) yang menjadi simbol kepimpinan ulama, yang merupakan satu lagi
badan eksekutif dalam Pas yang mengatasi Jawatankuasa kerja Pas, mula
menjadikan kepimpinan ulama diterasi oleh golongan agamawan sepenuhnya.
Keputusan-keputusan penting termasuk soal dasar, polisi dan strategi politik
dan juga menentukan calon dipantau dan diputuskan oleh majlis ini bersifat
eksklusif.
MSU inilah yang
menyebabkan golongan Prolib tidak selesa dan bebas dalam Pas.
Kritikan dan protes terhadap kesongsangan "perlembagaan" Pas ini mula
kedengaran. Salah satu yang jelas adalah apabila keluarnya buku oleh Dr
Mujahid Yusof Rawa seorang pemimpin muda dan bakal menjadi pelapis
Pas, berjudul "Menuju Pas Baru" yang
mempertikakan pertindihan kuasa ekeskutif itu.
|
Dr Mujahid Yusof |
Ringkas cerita, pertembungan Prolib dengan
kepimpiann ulama pasca kepimpinan Asri sampai kekemuncaknya apabila mereka
dibuang secara setandang dalam muktamar Pas ke-61 tahun 2015. Bermula dari
sini, sekali lagi geng ulama atau ustaz merasakan mereka menguasai Pas
sepenuhnya dan hidup penuh dengan "bergedik".
Panas tidak sampai ke
petang, disangka hujan rupanya gerimis. Sesuautu kejayaan itu tidak akan kekal
abadi. Penguasaan ke atas Pas itu tidak menjamin tidak akan berlaku pertempuran
selepas itu. Perbezaan pendapat sehingga menyebabkan terjadinya perbalahan atau
perang tetap juga berlaku.
Barang kali inilah
sebahagian daripada dinamika politik dan sunatullah dalam perjuangan. Sesudah
enam tahun golongan Prolib tidak ada dalam Pas, kini parti itu
bergolak sekali lagi. Isunya atas perkara sama; kerana perbezaan aliran dan
fahaman politik. Kalau dahulu mengenai uslub dan pendekatan Pas, tetapi kali
ini perbalahan berlaku kerana merebut ghanimah. Kemenangan dan
kesempatan Pas menjadi suku daripada kerajaan telah mengubah citarasa dan
meleburkan ikrar dan syahadat sebelum ini.
Perbalahan ini juga
menjelaskan bahawa tidak ada jaminan dari kalangan orang-orang suci dan ahli
syurga tidak bergaduh dan berkekah belah.
Benda yang sama berulang
dalam Pas. Pergolakan itu sedang berlaku dan sedang terjadi. Saya
istilahkan ia sebagai Perang Ghanimah. Bersambung. [wm.kl.8:52
am 18/10/2021]