Bukan semua pemimpin UMNO itu rasuah. Ada juga yang bersih.
Kelakar bila baca pemimpin PPBM sebut tentang penyatuan parti
Melayu. Hei ngok! Kalau nak bersatu sangat, yang pergi keluar UMNO dan tubuhkan
PPBM tu pasal apa?
Konon nak lawan kleptokrat. Tapi bila dah dapat kalahkan
kleptokrat, dia ajak pulak orang tu bergabung buat kerajaan curi. Bongok jenis
apa namanya tu? Sekarang sibuk sebut penyatuan.
Kalau nak join penyangak, tak payahlah tubuhkan parti baru.
Bukan nak bela UMNO, tapi bagi aku yang buat perpecahan adalah PPBM. Sekarang
ni dia tuduh UMNO tak mahu Melayu bersatu pulak.
Mabuk timah ke apa orang PPBM ni?
Ada ke? Mungkin!
Tapi kena ingat. Kalau betul dia bersih sekalipun tapi kerelaan
dia bersekongkol atau berketuakan seorang penyamun, perasuah, perompak adalah
bukti bahawa dia tak layak jadi pemimpin.
Pemimpin jenis apa kalau dia tahu orang itu jahat tapi masih
hormat, patuh dan ikut segala arahan? Takut hilang jawatan? Maka dia lebih
pentingkan jawatan daripada intergriti. Elokkah begitu?
Sebab itu aku kata dalam UMNO takde seorang pun pemimpin yang
elok. Sebab tak ada sesiapa berani lawan pemimpin yang jahat. Kalau macam Najib
pun masih dalam cium tangan, bayangkanlah!
Sehinggalah semua pemimpin korup ini tersingkir daripada UMNO,
parti itu hanya tempat berlindung penyangak yang dahsyat. Selagi para penjahat
itu masih ada, selagi itu UMNO takkan bersih.