SERONOK JADI PENEROKA ...JIWA MISKIN MINDA PENGGEMIS

 

86.8% peneroka setuju hapus hutang lapuk, kata PM




Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan kerajaan bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion secara bersyarat.

PETALING JAYA: Seramai 98,867 peneroka atau 86.89% daripada keseluruhan 112,638 peneroka menandatangani ‘Perjanjian Penghapusan Pinjaman dan Pengurusan Kebun Antara Felda dan Peneroka’ setakat 31 Ogos, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam jawapan bertulis yang dimuat naik dalam laman sesawang Parlimen Malaysia, Ismail berkata, persetujuan berkenaan melibatkan penghapusan hutang peneroka berjumlah RM7.21 bilion.

Perdana Menteri menjawab pertanyaan Chang Lih Kang (PH-Tanjong Malim) yang meminta kerajaan menyatakan bilangan peneroka Felda yang menandatangani perjanjian untuk mansuhkan hutang lapuk dan jumlah hutang yang terlibat.

Awal Julai lalu, Perdana Menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion secara bersyarat.

Menurut beliau, persetujuan itu mengambil kira isu hutang peneroka yang disifatkan harus diperbetulkan terlebih dahulu untuk memudahcarakan proses penjanaan semula atau “restart” Felda.

Berdasarkan inisiatif berkenaan, purata bayaran balik pinjaman dijangka berkurangan daripada sekitar RM800 hingga RM1,000, kepada hanya RM250 hingga RM300 sebulan bagi peneroka sawit dan serendah RM150 bagi peneroka getah.