LIYANA MARZUKI
1. Punya kecoh minggu ni pasal isu judi. Macam ini pertama kali.
Al-kisahnya cerita cabutan judi 22 kali bukan benda baru. Hujung tahun lepas
pun dah berbangkit isu. Isunya, Kerajaan PN bawah PM Mahiaddin naikkan cabutan
judi sampai 3 kali ganda. Dulu zaman PH hanya 8 kali, zaman PN sampai 22 kali.
2. Benda ni dibahaskan dalam Parlimen, yang bangkitkan ialah MP
DAP, YB Liew Chin Tong. Dia tanya dalam Dewan kenapa Kerajaan back track
keputusan Kerajaan PH terdahulu. Yang turunkan cabutan judi 8 kali setahun.
Kenapa ikut balik Kerajaan BN terdahulu? Masa tu kita pun malu. Orang PAS yang
dalam Kerajaan pun tak tahu.
3. Nak cover, PAS sampai ajak DAP geng sekali nak kurangkan
balik jumlah undi. Eh... sekarang boleh geng pula? Kita pun heran, apa cerita
ni, dia yang dalam Kerajaan apa guna? Mana teori “minoriti mengawal majoriti”
yang diratib dulu?
https://www.malaymail.com/.../pas-invites-dap.../1936681
4. Untuk pengetahuan, cabutan judi ni diperkenalkan pada tahun
1999 zaman Tun. Tujuan mulanya nak gunakan cukai tersebut bagi beri bantuan
kepada mereka yang kena virus Nipah. Dah lebih 2 dekad ia diteruskan pada dua
Selasa setiap bulan. Jadinya 22 kali kecuali bulan Ramadhan dan hujung tahun.
Hasil cukai judi ni pada mulanya hanya RM1.2 billion pada tahun 1999, tapi dah
meningkat punya banyak. Tahun 2018 sampai cecah RM4.5 billion dan selamanya
jadi revenue Kerajaan.
https://www.straitstimes.com/.../malaysias-govt-increases...
5. Dengan hasil punya banyak tu, boleh ke Kerajaan kata NO?
Yelah tuan puan kena pikir, masa zaman PH, ia turun ke 11 kali tahun 2018, then
8 kali tahun 2019, makanya hasil Kerajaan pun berkurang. Disebabkan itu, dasar
jimat cermat perlu dibuat. Masa tu, Pembangkang menganjing, sampaikan “RM30
duit e-wallet” pun jembalang cytro dok spin. Nak buat Rakyat benci, kenapa tak
banyak bantuan yang diberi?
6. Tapi kita tanya diri sendiri? Nak bantuan banyak dari
Kerajaan, tapi kena juga celup hasil judi? Adakah kita redha dan pasrah saja?
Itukah jenis Kerajaan Melayu Islam yang kita ingini? Padahal ketika zaman
PH-DAP pun diaorg tolak hasil cukai judi. Mereka tahu macam mana teruknya kesan
tahi judi kepada komuniti.
7. Yang pasti, tahun lepas PAS GAGAL dalam isu ni. Dikompang
serata alam pun Kerajaan PN buat tak tahu dan teruskan juga. Sebabnya perlukan
hasil cukai judi tersebut untuk tampung belanja.
8. Tahun ni kita tengokkan ajer perangai PAS ni, adakah akan
terhasil segala kompangan? Ataupun hanya sembang sementara Rakyat ingat. Jangan
jadi macam tahun lepas, benda dah slow down, dia buat lupa. Nampak sgt selama
ni memang propa nakkan kuasa.
Wallahu a’lam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki