Selepas abang perdana menteri dan adik MP Umno mendapat kedudukan
khas dalam kerajaan Ismail Sabri, syarikat milik anak saudara menteri pula
mendapat tanah istimewa di Kuala Lumpur.
Menurut sumber, salah seorang pengarah
syarikat yang mendapat hak untuk membangunkan tanah tersebut bukan setakat
jiran bahkan juga anak saudara kepada bekas menteri berkenaan.\\
“Dia anak kepada kakak dia,” kata satu sumber
itu kepada Malaysia Dateline.
Semalam, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid
Samad mendakwa kini Kementerian Wilayah Persekutuan mengamalkan dasar ‘kayakan
jiran kamu’.
Beliau yang merupakan bekas Menteri Wilayah
Persekutuan berkata, semasa menjawat jawatan itu, dasar tersebut tidak
diamalkan dan ia hanya dipraktikkan selepas itu.
“Saya kagum dengan dasar Kementerian Wilayah
Persekutuan yang dulu saya jadi menteri, saya tidak tahu ada.
“Dasar ‘kayakan jiran kamu’ sepeti mana kita
dengar video di mana jiran mantan Menteri Wilayah telah mendapat tanah sebanyak
2.9 ekar di Jalan Peel, sedangkan syarikatnya hanya paid up capital (modal
berbayar) hanya RM100 sahaja.
“Tapi dia ada dasar ‘kayakan jiran kamu’,
maka dia beri projek itu kepada jiran dia di Kelantan,” katanya pada an Dewan
Rakyat, semalam, lapor media.
Khalid digantikan Ahli Parlimen Ketereh, Tan
Sri Annuar Musa ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri Perikatan Nasional
(PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Annuar kemudiannya digantikan Datuk Seri
Shahidan Kassim di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob.
Berikutan itu, Khalid mendesak Shahidan
menjawab dakwaan itu di Dewan Rakyat.
“Saya tidak tahu dasar ini ada, tapi inilah
kelebihan Umno, saya harap Menteri Wilayah akan jawab tentang isu ini,” katanya
lagi.