asimi Muhamad
Ogos 25, 2021
Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan memutuskan Ketua Pembangkang akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin utama kesemua parti pembangkang dalam masa terdekat.
KUALA LUMPUR: Wakil pemimpin Pakatan Harapan (PH) dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pejabat Perdana Menteri pada pukul 2 petang Rabu.
Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan memaklumkan pertemuan atas jemputan Pejabat Perdana Menteri itu disertai oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Dalam perkembangan sama, Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan telah memutuskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin utama kesemua parti pembangkang dalam masa terdekat.