
Seorang pemimpin PH berkata,
pemimpin PKR, DAP dan Amanah hari ini dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong
memanggil mereka untuk menghadap.
GEORGE
TOWN: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) diminta bersiap sedia untuk menghadap Yang
di-Pertuan Agong bagi menyuarakan pandangan mereka berhubung siapa yang patut
menerajui kerajaan baharu, susulan kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN)
hari ini.
Seorang
pemimpin pembangkang yang enggan dinamakan berkata, pemimpin PKR, DAP dan
Amanah dimaklumkan mengenai pertemuan itu hari ini.
Tiada butiran
mengenai bila mereka akan dipanggil ke Istana Negara. FMT sedang mendapatkan
pengesahan pertemuan itu daripada pegawai Istana Negara.
Pada
Februari 2020, Yang di-Pertuan Agong menjalankan satu siri rundingan dengan
pemimpin parti politik susulan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad dan
kejatuhan kerajaan PH.
Kerajaan
baharu kemudiannya ditubuhkan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan sekutunya
dalam PN.
Muhyiddin
melepaskan jawatan perdana menteri bersama Kabinetnya hari ini, selepas
mendapati beliau hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen.
Antara
individu yang disebut-sebut untuk menggantikan Muhyiddin ialah Timbalan dalam
Kabinet yang juga Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob dan veteran Umno,
Tengku Razaleigh Hamzah.
Ketua Pembangkang yang juga Pengerusi PH dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, ialah calon utama pembangkang, tetapi beliau memerlukan sokongan Mahathir dan Presiden Warisan, Shafie Apdal untuk mendapat peluang itu.
No comments:
Post a Comment