TIDAK SEMUA PARTI BOLEH BERLAKU JUJUR

 

May be an image of 1 person and text that says "ANWAR PM9 ERTI KEMERDEKAAN SEBENAR RAKYAT MALAYSIA getkom"


Ada yg kata, boleh tak umno kali ini bantu PH utk letak PH sbg PM sebagaimana PH bantu Umno jadi MB Perak gantikan Peja dulu?

Saya kata sudah tentu boleh kalau Umno parti yang jujur dan berpegang kpd prinsip tidak akan bantu spesis kerajaan gagal untuk terus kekal walaupun bertukar pemandu sahaja. Rakyat mahu tukar kerajaan, bukan tukar PM atau pemandu sahaja.

Ada yang kata, dalam politik semua parti akan rebut peluang yang terhidang. Kali ini peluang terhidang depan mata kalau Mahiadin yang gagal itu letak jawatan, maka inilah peluang Umno untuk jadi PM dan kerajaan semula tanpa susah2 dapatkan mandat rakyat melalui PRU. Semua parti akan ambil peluang begitu, bodoh lah jika tidak ambil, kata mereka.

Saya kata, tidak semua parti bersikap tamak, tidak jujur atau rakus. Contohnya, parti Keadilan. Kami pernah berhadapan dengan satu peluang paling besar yang tidak pernah kami bayangkan. Setelah PH menang PRU14 dengan menggunakan logo Keadilan, Presiden Keadilan DS Wan Azizah telah ditawarkan jawatan PM oleh Agong kerana selaku Presiden parti yang memiliki kerusi terbanyak di Parlimen. Andainya beliau atau Keadilan itu parti yang rakus, tidak jujur atau khianat, inilah peluang

terbaik

untuk memberi peluang kepada tokoh kami DS Anwar Ibrahim untuk menjadi PM. Kak Wan jadi PM sementara sehingga DS Anwar dibebaskan dan layak mengambil alih tugas jawatan itu. Tetapi itu tidak berlaku, Kak Wan penuh adab menyatakan kepada Agong tentang kewajipan kami untuk menunaikan janji kami dalam PH.

Kemelut politik juga berlaku di Selangor selepas Langkah Kajang. Keadilan bertindak mahu menggantikan MB Selangor, TS Khalid Ibrahim atas banyak sebab termasuk soal disiplin beliau terhadap parti. PR Selangor ketika itu, bersetuju dengan mudah untuk menerima calon MB Selangor iaitu DS Wan Azizah, kecuali Pas yang begitu liat untuk menerimanya dengan berbagai alasan. Namun, Kak Wan memang layak untuk jadi MB Selangor kerana mendapat majoriti sokongan Adun yang begitu kukuh. Namun, pihak Istana Selangor tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Seandainya Keadilan atau PR ketika itu rakus, ego atau bersikap derhaka seperti PN sekarang, sudah tentu kami terus berpegang dengan nama Kak Wan sebagai MB Selangor apatah lagi memenuhi undang2 tubuh negeri iaitu memperolehi majoriti di dewan. Bayangkan, Mahiadin yang jelas tiada majoriti sebagai PM itu pun bukan main liat untuk berhenti bahkan mengaku ada majoriti, ini kan pula Kak Wan yang jelas punyai majoriti kukuh untuk dilantik menjadi MB Selangor.

Tetapi itu bukan peluang

terbaik

yang kami rasa untuk dapatkan jawatan atau kuasa sehingga melukakan hati raja. Akhirnya, Keadilan akur tidak mencalonkan Kak Wan, dan peluang itu diperolehi oleh Azmin yang ketika itu adalah Timbalan Presiden Keadilan. Patutnya Azmin mengenang jasa ini semua.

Keadilan juga pernah berpeluang untuk menjadi MB Perak selepas PRU tahun 2008 apabila PR memperolehi kerusi Dun terbanyak di Perak. Di dalam PR ketika itu, kerusi terbanyak adalah dari Dap, kemudian Keadilan dan Pas. Dap sedar tentang undang2 tubuh negeri Perak dan Dap tidak menamakan calon untuk menjadi MB Perak. Sewajarnya Keadilan menjadi MB Perak kerana mendapat kerusi kedua terbanyak selepas Dap. Tetapi, atas kebijaksanaan pimpinan Keadilan yang tidak memandang jawatan itu penting untuk dikejar, maka PR berunding agar meletakkan calon MB yang paling layak dan sesuai ketika itu bukan berpandukan jumlah kerusi. Maka, YB Nizar dari Pas dicalonkan kerana beliau seorang profesional dan mempunyai ketokohan sebagai MB.

Begitulah beberapa insiden yang sempat dikenang bagi menggambarkan kejujuran dan kesetiaan itu penting. Apakah kami kesal membantu Umno untuk mendapatkan kerusi MB di Perak dan kami tidak menuntut apa2 jawatan pun di bawah kerajaan negeri? Tidak. Kami di dalam PH tidak pernah merasa kesal jika kami melakukan sesuatu yang jujur.

Ramai bertanya, adakah kali ini Umno akan bantu PH pula di Pusat bagi mendapatkan kembali mandat rakyat yang dirampas itu? Saya cuma mampu menjawab, PH bukan parti pengemis tetapi PH adalah parti yang ingin menawarkan khidmat kepada rakyat. Sebagai parti berteraskan reform, kami tidak kesal jika tidak dapat jadi kerajaan tetapi kami lebih kesal jika dapat jadi kerajaan tetapi gagal lakukan reform. Kunci reformasi itu masih ditangan DS Anwar Ibrahim dan beliau tidak pernah diberi peluang untuk merealisasikannya. Bila agaknya?

WFAUZDIN NS