SATU LAGI BERITA SAMPAH SELEPAS KABINET SOKONG PM



May be an image of 2 people, people standing and text that says "Tun M jangka Azmin, Mukhriz bakal PM masa depan Mohammad Arif Nizam 14 July 2021"


KENAPA PERLU LAYAN MAHATHIR?

Kisah Mahathir mahukan Azmin dan anaknya Mukhriz sudah disebutkan pada tahun 2019 lagi. Semasa bibik pengkhianatan sudah dpt dihidu. Bagi saya berita ini adalah hari kedua berturut turut berita sampah utk dilayani selepas kabinet menyokong Mahiadin sebagai PM.

Apa relevan lagi media utk melayani Mahathir utk menentukan siapa bakal PM? Cukup2lah...sejak zaman Pak Lah lagi apabila ahli2 politik melayani Mahathir negara seperti terus di dlm kekuasaannya. Siapa Mahathir utk tentukan siapa PM seperti kata Tun Abdullah Badawi dahulu...

Dia tak mahu Pak Lah org politik layani dan ambil kesempatan ikut katanya jatuhkan Pak Lah dan lantik Najib. Dia tak mahu Najib...dia lantik dirinya sendiri. Dia tak mahu Anwar dia letak jawatan dan kemudian mahu lantik semula dirinya menjadi PM.

Kemudian bila dia ditolak oleh parti2... tiba2 dia mahu lantik Syafie Apdal. Ada segelintir puak dari Dap dan Amanah melayaninya.. pelik dan memalukan. Skg Azmin dan anaknya sendiriDescription: 😂 Keduanya bukan sahaja tiada aura dan tidak berkemampuan malah dibenci sebilangan besar rakyat. Bagi saya cerita macam ini masuk dlm majalah Mustika atau Tamar Jalis sudah la.

Anggap cerita org2 tua yg suka bercerita berulang kali dan mengarut kerana nyanyuk. Yg tentukan siapa yg jadi kerajaan dan siapa yg jadi PM adalah rakyat. Sejak bila Mahathir jadi penentu siapa mesti jadi PM? Ini news yg tiada value utk dibaca dan difikirkan rakyat.

Bagi Mahathir asal bukan Anwar. Kenapa tidak mahu Anwar?..Dia tahu bila Anwar naik tembelangnya akn pecah, kroninya akn gelisah dan yg paling dibimbangi jika Anwar mendapat kuasa dan negara ini diuruskan tanpa rasuah dan salah guna kuasa.... parti seperti UMNO, Bersatu dan PAS akn dilupai oleh rakyat dan disimpan di Muzium.

Bila rakyat dpt keadilan, tiada beza antara rakyat miskin dan kaya, bila rakyat dpt menikmati kekayaan negara, bila rakyat rasa peluang perniagaan yg lebih adil... pasti ketika itu rakyat merasa menyesal dan merasa ditipu dan dibodohkan ke tahap dewa oleh pemimpin Melayu sebelum ini.