Pelabur tidak masuk kerana kerajaan Malaysia tiada keabsahan?
Penurunan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 6% ke 4.5% yang diunjurkan oleh Bank Dunia baru-baru ini kemungkinan besar berakibat langsung daripada status kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak absah dan kurang diiktiraf dunia.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail berpendapat, ketiadaan keabsahan itu telah mengurangkan keyakinan pelabur kerana kerajaan PN didapati enggan membuka Parlimen dan meluluskan undang-undang baharu yang sesuai dengan situasi Covid 19 semasa.
“Bank Dunia mungkin melihat Malaysia diperintah kerajaan yang tidak punyai mandat yang betul untuk mengurus-tadbir
“Dulu kita lihat Iraq dan (rejim tentera) Timur Tengah mempunyai masalah seperti ini, sekarang Malaysia menghadapi keadaan sama
“Kerajaan Malaysia lemah nak bentang undang-undang baru, tak berani buka Parlimen. Jadi pelabur pun tak berani masuk (dan ekonomi jatuh),” katanya dipetik.
Oleh itu, menurut Azan, negara harus diselamatkan daripada ketidaktentuan pelan melawan Covid 19 kerajaan PN dan ekonomi yang merudum.
Katanya, Bank Dunia telah menyatakan dengan jelas kelemahan Malaysia menangani Covid menyebabkan kegagalan membuka semula ekonomi, mengakibatkan unjuran pertumbuhan KDNK merosot.
“Tidak dapat disangkal walaupun PN guna kuasa darurat namun tetap gagal. Program vaksinasi pula lembab
“Kalau kerajaan masih tak melakukan perubahan maka masa depan Malaysia terumbang-ambing. Kita tak boleh menunggu lagi. Kita harus bertindak sebelum kedudukan ekonomi Malaysia bertambah buruk,” katanya lagi.
Baru-baru ini, Bank Dunia menurunkan unjuran pertumbhan KDNK Malaysia ke paras di bawah 5%, menyalahi ramalan Bank Negara Malaysia yang menjangkakan pertumbuhan KDNK 2021 sehingga 7%, tertinggi dalam sedekad.