Menipu rakyat bukan cara politik UMNO – Ahmad Zahid



BETUL TAK TIPU RAKYAT, TAPI TIPU AHLI SENDIRI.. PENAT LELAH SOKONG BAGAI NAK RAK..AHIRNYA UMNO HILANG KUASA. ITU PUN PENYOKONG KATA KUAT LAGI..WAL HAL DAH BERPECAH 4...KAH...KAH....PADAN MUKA..KALAU TIDAK TAKKAN HILANG KUASA.....


MGF19102019_KONVENSYEN-UMNO-SELANGOR05


KUALA LUMPUR – Parti keramat UMNO tidak akan sesekali menipu rakyat, memfitnah jauh sekali menawarkan manifesto bukan kitab suci.

Itu kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu hantaran Facebook sebentar tadi.

Tulis Ahmad Zahid, ada yang bertanya kepadanya mengapa UMNO berpolitik dengan menggunakan fakta walhal jika tipu rakyat ianya lebih senang menang pilihan raya kelak.

“Ada menulis di FB mengapa UMNO berpolitik dengan beri fakta lebih senang menang PRU-15 seperti lawan politik praktikkan dulu masa PRU-14.

“Tergelak kecil membaca komen itu, namun saya faham maksudnya. Ia penulisan sarkastik. Tetapi ini jaminan saya sebagai Presiden UMNO. Tidak sesekali UMNO akan menipu rakyat.

“Apatah lagi sanggup berbohong, memfitnah dan menawarkan manifesto bukan kitab suci,” tulisnya.

Ahmad Zahid sebenarnya mengulas komen seorang netizen yang menyarankan agar Umno ‘belajar’ daripada Bersatu, DAP dan PKR untuk mendapatkan semula kuasa selepas mereka gagal mendapat mandat rakyat pada 2018.

Sambung beliau, menipu rakyat bukan cara politik UMNO sebaliknya menang dengan keberkatan dan kuasa Allah S.W.T

“Bukan begitu cara parti UMNO berpolitik. Kemenangan dengan cara begitu tiada rahmatnya. Kita perlukan keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T apabila kembali mentadbir kelak.

“InsyaAllah Yang Maha Esa membantu perjuangan penuh tulus ikhlas,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid akui rakyat pada masa ini semakin matang dalam menilai antara kebenaran dan propaganda.

“Sejarah mendewasakan mereka dalam memahami antara realiti dan permainan persepsi. Dengan itu UMNO akan terus berpegang kepada kebenaran dalam perjuangan politiknya,” tegasnya.

Untuk makluman, sebelum Pakatan Harapan (PH) mula memerintah negara sebagai kerajaan, mereka telah menabur segala macam janji pilihan raya bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Bagaimanapun selepas menang, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan alasan dan sebab antaranya kekangan perundangan, pelaksanaan serta lain-lain mengapa PH tidak dapat laksana semua janji itu.

Malah Tun Mahathir pernah memberitahu bahawa manifesto pilihan raya bukanlah kitab suci yang perlu dipatuhi. MG