Ketika frontliners berhempas
pulas, Srikandi Bersatu sakan berpesta gelek ‘Kopi Dangdut’
FAZLI RADZI July 25, 2021 11:55 am
Tular di media sosial
sekumpulan anggota Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gembira
berjoget lagu
Tular di media sosial sekumpulan anggota Srikandi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gembira berjoget lagu dangdut.
Kira-kira
20 orang wanita dilihat menari diiringi irama lagu ‘Kopi Dangdut’ yang
sedang berkumandang dalam sebuah dewan.
Menerusi klip rakaman video
berdurasi hampir dua minit itu, turut kelihatan seorang lelaki separuh usia
menari dengan kedua-dua tangannya lentik ke atas mengikut alunan lagu popular
Indonesia era awal 1990-an itu.
Mereka
yang ada ketika ketawa dan bersorak mengikut irama lagu ciptaan asal tahun 1958
dari Venezuela, ‘Moliendo Café’ (Mengisar Kopi) itu dilihat ada yang
tidak mengenakan pelitup muka.
Sumber
memaklumkan kepada Malaysia Dateline, aksi ceria anggota
sayap wanita parti diterajui Tan Sri Mahiaddin Md Yasin itu berlaku ketika
Kursus Pemantapan Pimpinan Srikandi Bersatu di Holiday Inn Shah Alam pada pada
28, 29 dan 30 April lalu.
Ini bermakna mereka bergelek gembira antara 16 hingga 18 Ramadan ketika kes harian Covid-19 meningkat antara 3,142 kes hingga 3,788 kes dengan jumlah keseluruhan 408,713 kes pada akhir April lalu