KERAJAAN MINORITI ATAU MAJORITI

 May be an image of text


Penerangan tentang politik terkini


NORMAN RADZUAN


KERAJAAN MAJORITI ATAU MINORITI

Terlampau byk yg PM dan call... Saya beri jawapan ringkas buat semasa ini. Seperti kita tahu Peguam Negara kata kerajaan ini masih kekal. Ya benar kekal kerana proses perundangan. Ingat ayat Peguam Negara 'buat masa ini'.

Rakan2 dari PN yg whatsapp menyindir saya.. 'kerajaan tidak tumbang pun'. Dari segi moraliti kerajaan ini sebenarnya sudah tumbang kerana penarikan UMNO dari PN. Netayanhu PM Israel yg kita kata jahat itu sanggup pertahankan moral dirinya utk melepaskan jawatan bila keabsahannya di Parlimen dia hilang majoriti.

PN sewajar dgn segera mesti membuktikan keabsahan majoriti yg mereka ada di Parlimen. Jika mereka masih mencukupi mereka boleh terus kekal menjadi kerajaan. Kenapa tidak mahu ke Parlimen utk buktikan??? Berani kerana benar!

Apakah kerajaan baru boleh dibentuk? Dia ada dua pilihan iaitu secara majoriti atau minoriti. Berdasarkan majoriti sokongan MP atau SD. Lagi satu secara blok. Berdasarkan kpd blok kita ada PH, PN, BN dan + PH ( Pejuang/Warisan/Muda). Jika berdasarkan blok kerajaan boleh dibentuk berdasarkan jumlah terbanyak adalah PH iaitu 91.

Saya tidak pasti UMNO mewakili BN dlm penolakkan kerajaan PN. Ini kerana tiada komen dari rakan komponen BN iaitu MCA dan MIC. Isu agak complicated apabila saya melihat UMNO seolah olah ingin mengambil peluang utk mereka menjadi Ketua Kerajaan. Sebab itu juga mereka mengatakan menolak Muhyiddin dan bukan PN.

Tidak mustahil UMNO akn berunding dgn pimpinan PN utk jatuhkan Muhyiddin dan melantik mereka menjadi Ketua Kerajaan yg baru dgn memberi pilihan, sokong kami dan kekal menjadi kerajaan atau kami (UMNO) bersama PH dan anda hilang jawatan Menteri.

Jika ia berlaku di situlah hebatnya UMNO daripada pembangkang, menyertai pengkhianatan membentuk kerajaan dan mengambil alih mengetuai kerajaan tanpa PRU. Tiada mustahil kerana politik itu dinamik. Jgn terkejut juga jika berlaku PM Interim kerana situasi skg segala kemungkinan boleh berlaku.

Ini kerana sukar pemimpin yg tercalit dgn korupsi mahu bekerjasama dgn Anwar Ibrahim. Mereka sgt takut dgn Anwar Ibrahim kerana melihat prinsip beliau yg hanya disokong rakyat tetapi bukan kalangan pemimpin2 politik.

Kesemua kita serahkan kpd kebijaksanaan Seri Paduka Baginda. Ketika ini baginda yg mempunyai kuasa sepenuhnya. Saya rasa ia akn mengambil masa seminggu dua atau sehingga tamat darurat.

Itu sedikit pandangan peribadi saya dan pandangan saudara Syed Shah Syed Osman.

Syed Shah akn membuat rakaman video dlm masa terdekat utk memberi penerangan mengenai situasi semasa politik tanahair. Maaf saya tak mampu nak jawab semua pertanyaan rakan2 FB secara personal kerana terlampau ramai yg PM. Ini juga hanya pandangan peribadi secara ringkas mengenai situasi politik negara. Barangkali betul atau barangkali tidak.

Buat TS Muhyiddin bagi saya berundurlah demi utk rakyat. Jika anda pertahankan jawatan yg sudah tiada majoriti bermakna anda mementingkan diri sendiri daripada kestabilan politik dan ekokomi rakyat.