Apabila AG mengeluarkan kenyataan membela PM Abah Kau KUNUNnya
masih berkuasa kerana pengumuman menarik balik sokongan oleh Presiden UMNO
dianggap hanya "Kenyataan Parti Politik", saya tertanya-tanya kenapa
ini perlu?
Tapi saya sedar, ia perlu dibuat sebagai hujah balas bahawa
penarikan sokongan diumumkan oleh Presiden UMNO tidak memberi kesan kerna
keabsahan hilang sokongan mestilah dizahir dan ditentukan di Dewan Rakyat.
BIJAK pula AG ni cakap pasal KEABSAHAN pengumuman Zahid itu yg
beliau anggap adalah hanya Kenyataan Parti Politik" bukanlah ditentukaan
oleh Parlimen. Yg agak melucukan ialah Warkah Sokongan UMNO utk Abah Kau jadi
PM dulu, tidak perlu pula diabsahkan di Parlimen terlebih dahulu?
TERLANJUR bercakap pasal "KEABSAHAN" ini, tidak boleh
tidak, saya TERTANYA-TANYA kenapa AG ni tidak pernah bersuara tentang KEABSAHAN
jawatan Perdana Menteri Abah Kau??
Bukankah PM-PM yg dilantik di pertengahan penggal (bukan selepas
PRU) PERNAH mendapatkan KEABSAHAN jawatan dan sokongan Ahli-ahli Dewan Rakyat
melalui VoC (Vote of Confident)?
Lihat dokumen Hansard Parlimen yg disertakan, ia adalah BUKTI yg
nyata bahawa 2 PM sebelum ini yg diangkat di pertengahan penggal telah
mendapatkan KEABSAHAN melalui Parlimen atau VoC. Mereka ialah Tun Hussein Onn
(1976) dan Pak Lah (thn 2003).
Oleh itu AG taknak jelaskan pada kami Rakyat Marhaen kenapa PM
Abah Kau tidak peranah mendapat KEABSAHAN melalui VoC di Dewan Rakyat? Skrg
bila UMNO dah tarikh sokongan kpd #KERAjaanPNGagal
tetiba muncul pula "IDEA" yg kehilangan sokongan itu mesti ditentukan
(diabsahkan) di dewan Rakyat atau Parlimen?
JAHANAM negara ni kalau tindakan adalah terpilih2 mengikut
sentimen, selera "Political Master" masing-masing bukan Rule of Law.
Wallahualam
- Zus Din
08 Julai 2021