Hartal Doktor Kontrak: Kronologi lantikan pegawai perubatan kontrak

 Hartal Doktor Kontrak: Kronologi lantikan pegawai perubatan kontrak


Hartal Doktor Kontrak memastikan ada doktor ganti yang bertugas sebelum mereka bergerak keluar, selain sedia kembali bertugas jika timbul keperluan. - Gambar ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR

KUALA LUMPUR: Semalam, sektor perubatan negara menjadi tumpuan selepas doktor-doktor kontrak bergerak keluar secara beramai-ramai di hospital-hospital di bawah seliaan Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara.

Gerakan dikenali sebagai Hartal Doktor Kontrak itu dibuat bagi menuntut jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak dan baharu, hak gaji, serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap.

Bagaimanapun, sebelum keluar, mereka yang terlibat telah memastikan ada doktor ganti yang bertugas, selain sedia kembali bertugas jika timbul keperluan.

Pada 21 Oktober 2016 kerajaan bersetuju Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi dilantik secara kontrak.

- Pelantikan tersebut memberi peluang kepada graduan perubatan, pergigian dan farmasi menjalani latihan siswazah dan/ atau berkhidmat wajib serta boleh mengamalkan sepenuhnya sama ada di dalam atau luar Kementerian Kesihatan (KKM).

- Ia bersandar kepada skim perkhidmatan dan peruntukan kewangan tanpa terikat dengan penjawatan tetap.

- Pegawai masih menikmati emolumen setara dengan pegawai lantikan.

empoh Kontrak:

i. Pegawai Perubatan Gred UD41: 5 tahun

ii. Pegawai Pergigian Gred UG41: 3 tahun

iii. Pegawai Farmasi Gred UF41: 3 tahun

- Kerajaan juga setuju beri faedah istimewa kepada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi:

i. Kemudahan Cuti Sakit 90 hari bergaji penuh dalam tempoh setahun

ii. Kemudahan perubatan kepada ibu bapa di klinik dan hospital kerajan

iii. Pelantikan tetap secara dibelakangkan kepada bakat terbaik

- Farmasi tamat latihan siswazah atau khidmat wajib dengan jaya dan penuhi syarat, syarat lantikan tetap tertakluk kepada kekosongan dan kelulusan SPA.

- Melalui lantikan kontrak, pegawai berpeluang memilih keluar lebih awal dan bekerja dengan agensi awam lain atau di sektor swasta.

- Dalam pembentangan Bajet 2017, Perdana Menteri (ketika itu) Datuk Seri Najib Razak mengumumkan lantikan secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian dan farmasi selewat-lewatnya Disember 2016, kerana kekangan jawatan tetap.

- Hampir 2,600 doktor yang sebelum ini tidak dapat penempatan housemanship di mana-mana hospital, boleh menjalani housemanship secara kontrak.

- Sehingga 31 Mei 2021, 35,216 lantikan secara kontrak bagi tiga skim utama:

i. Pegawai Perubatan UD41 (23, 077)

ii. Pegawai Pergigian UG41 (5,000 orang)

iii. Pegawai Farmasi UF41 (7,139)