Biro Undang-undang Amanah (KANUN), menggesa polis menyiasat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara Idrus Harun.
Pengerusinya, Zulqarnain Lukman berharap polis akan bertindak secara profesional terhadap mereka dan tidak ada “double standard” dalam menguatkuasakan undang-undang.
Ia susulan kenyataan Istana Negara bahawa Putrajaya tidak mendapat perkenan Agong untuk membatalkan Ordinan Darurat.
Zulqarnain berkata, Agong memberitahu Takiyuddin dan Idrus ketika pertemuan menghadap secara maya sebelum ini berhubung cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat perlu dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan
“KANUN menyatakan tindakan Takiyuddin dan Idrus itu tidak berperlembagaan dan bertentangan sama sekali dengan ikrar dan sumpah yang dibuat oleh mereka sebelum menjawat jawatan,” katanya dalam kenyataan