MSO
Malam tadi sdr Kamal Amir Kamal Hijaz masih mempertahan
pendapatan berhubung pengampunan yang diperolehi Anwar Ibrahim. Isunya bagi
pendapatnya Anwar tidak layak untuk jadi PM kerana tidak mendapat pengampunan
penuh.
Kenyataan Kamal Amir itu mengelirukan, apa lagi dalam masa sama
beliau menjaja nama Tengku Razaleigh Hamzah bakal jadi PM interim.
Saya bukan pakar perlembagaan, dan cetek pengetahuan dalam
bidang berkenaan. Saya hanya wartawan dan penulis yang satu profesyen dengan
Kamal Amir. Bezanya saya tidak menjadi ahli parti mana-mana, berbeza dengan
kawan saya itu, dia adalah ahli Umno.
Untuk mendapat pencerahan berhubung isu pengampunan itu saya
telah menghubungi Ybgh Abd Aziz Bari yang dikenali sebagai pakar pelembagaan.
Renung dan sama-sama dengar apa yang ulasan berhubung hal itu.
Ini soalan saya kepada Abd Aziz Bari.
[Salam Prof minta pencerahan sikit berhubungan pengampunan yang
diterima oleh Pak Sheikh. Ada pendapat mengatakan beliau tidak mendapat
pengampunan penuh maka beliau tidak boleh dilantik sebagai perdana menteri.
Sejauh mana kenyataan ini benar?
Dan apakah pengampunan penuh itu tidak diperlukan untuk
membolehkan beliau jadi ahli Parlimen? Pohon pencerahan sebab subjek ini jadi
perdebatan siki. Wasslam.]
[Jawaban Prof Abd Aziz Bari
.
[13:49, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Tak betul.
[13:49, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Secara mudahnya kuasa
pengampunan adalah prerogatif Agong.
[13:50, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Ia tidak boleh disemak oleh
mahkamah.
[13:51, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Ia adalah sesuatu yang
subjektif sifatnya.
[13:51, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Siapa kata Pak sheikh tak
dapat pengampunan penuh.
[13:52, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Dia sudah pun jadi ahli
parlimen
[13:53, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Mereka yang mempersoalkan
keabsahan pengampunan itu sepatutnya berbuat demikian sebelum Pak Sheikh
bertanding di port Dickson.
[13:53, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Sekarang sudah terlewat
[13:54, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Sudah ada kes sebelum ini,
satu kes senjata api yang permohonan pengampunan ditolak
[13:55, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Pemohon itu mempersoalkan
pengampunan kpd bekas menteri Mokhtar Hashim
[13:56, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Prinsip nya di sini ialah
mahkamah enggan melayan cabaran itu dgn mengatakan kuasa pengampunan di tangan
Agong tidak boleh disemak oleh mahkamah.
[13:58, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Persoalan nya adakah wujud
pengampunan separuh atau tidak penuh.
[13:59, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Ada juga pengampunan hukuman
mati kepada penjara seumur hidup.
[13:59, 14/07/2021] Yb Aziz Bari: Apa pun pihak penjara ekoran
dari pengampunan itu yang bebaskan Pak Sheikh, bukan dia lari keluar.
Trims.