KUALA LUMPUR – UMNO tahu siapa individu
yang menjadi petualang merakam, menyebar termasuk menerbitkan verbatim
mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini, kata Datuk Mohd Puad Zakarshi.
Menurutnya, bukan sahaja audio rakaman bocor tetapi verbatim
mesyuarat pun bocor.
” “Macam ada “spy” berbayar dalam MKT?
Selamatkah mesyuarat MKT? Musuh tahu rahsia parti.,” kata Ahli MKT itu yang
mengulas tentang rakaman audio MKT secara maya pada 7 Julai lalu sedang giat
ditularkan.
Beliau menegaskan, dalam mesyuarat, berbagai hujah dan beza
pendapat akan didengar.
Itu cuma perbincangan dan bukan keputusan.
Bagaimanapun, katanya, musuh parti suka
‘spin’ (putar) pendapat yang berbeza.
Tetapi, tegasnya, ia tidak mengubah keputusan MKT, iaitu tarik
sokongan terhadap perdana menteri.
”PM kena letak jawatan dan lantik PM baru untuk tempoh yang
terhad,” jelas beliau lagi.
Katanya, walaupun ahli-ahli Parlimen UMNO
boleh terus sokong Kerajaan Perikatan Nasional tetapi ia hanya setakat apabila
sidang Parlimen bermula.
Justeru yang tidak selamat ialah Parti Pribumi Bersatu Malaysia
kerana PBM sandaran parti itu cuma jawatan perdana menteri bukan akar umbi.
“Tiada PM, tiadalah PPBM. Tunggu sajalahlah Langkah Sheraton 2.0,” katanya.