APA JENIS PERDANA MENTERI YANG ADA SEKARANG?


 Selaku Ketua Majlis untuk Parlimen, tolonglah pastikan Parlimen dapat bersidang dengan baik, bukan sekadar cincai-cincai buat pengumuman lepaskan tengkuk.

Tak sampai dua minggu lagi persidangan khas Parlimen dijadualkan iaitu pada 26 Julai 2021.

Namun sehingga kini Ahli-ahli Parlimen masih tidak menerima sebarang pemakluman mengenai aturan persidangan.

Contohnya, setiap kali sebelum persidangan, Ahli Parlimen diminta mengemukakan soalan-soalan kepada Menteri.

Persidangan kali ini kami masih tidak diminta berbuat demikian, adakah sesi kali ini Ahli Parlimen nak bertanyakan soalan juga tidak dibenarkan?

Semalam Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menghantar suatu usul bagi memastikan sidang dewan akan datang mesti membahaskan Ordinan Darurat, situasi pandemik COVID-19, kadar vaksinasi, kadar ujian saringan serta perincian terkait perbelanjaan dan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan kerajaan.

Walaupun Perikatan Nasional masih berdolak-dalik, kita perlu sedaya upaya mencari ruang bagi memastikan perbahasan yang telus dan komprehensif akan berjalan dalam ruang lingkup demokrasi berparlimen serta lunas-lunas negara hukum (rule of law).

Adakah PN mempunyai ‘political will’ untuk perbaiki kesilapan?

Entahlah, kalau yang berkuasa bagus dan komited, keadaan negara tidaklah seteruk seperti sekarang.

AKMAL NASIR

Ahli Parlimen Johor Bahru.