Jelajah Peduli Anwar Ibrahim Club (AIC) melengkapkan kempen pemberian ayam segar kelmarin di kawasan Utara.
Menurut kenyataan AIC, jelajah tersebut singgah di Pulau Pinang
dan Kedah menyampaikan sumbangan sejumlah 3,000 ayam segar daripada Datuk Seri
Anwar Ibrahim kepada enam lokasi berbeza iaitu Nibong Tebal, Permatang Pauh,
Sungai Petani, Merbok, Kuala Kedah dan Pendang.
"Jelajah kami yang bermula pada awal pagi Ahad, 11 Julai ini
telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada wakil-wakil KEADILAN di lokasi
masing-masing.
"Setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Nurul Izzah Anwar,
Datuk Haji Maktar Shapee, YB Datuk Johari Abdul , YB Nurin Aina dari Merbok dan
YB Dr Azman Ismail, Ahli Parlimen Kuala Kedah atas kerjasama penuh yang
diberikan
"Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada Auto Plate
Division yang menaja pelekat magnetik kereta-kereta dan lori untuk siri jelajah
ini," kata kenyatan tersebut.
AIC turut mengucapkan penghargaan kepada Datuk Dr. Zulkifly
Mohamad, Bendahari MPN Kedah yang bersama pasukan AIC sepanjang jelajah dua
hari berkenaan.
"Jelajah ini adalah satu ikhtiar Datuk Seri Anwar sendiri
dalam membantu meringankan beban semua penerima di luar bandar yang sangat
terkesan dengan pandemik Covid-19.
"Kami di AIC berharap usaha ini membawa keberkatan kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung," kata
kenyataan itu lagi.