Peribahasa Melayu:
“Pulang paku buah keras” bermaksud memulangkan semula kata-kata atau sindiran
yang dikatakan oleh orang yang mengata-ngatanya dahulu. Biasanya digunakan
untuk menyedarkan orang tersebut supaya sedar diri. Dulu seronok mengata dan
menyindir orang lain. Sekarang bila kena atas batang hidung sendiri baru tahu
tinggi rendah duduk perkara sebenar.
Dalam dunia politik
negara kita sekarang, peribahasa tersebut sering diaplikasi dalam post-pos
politik tetapi ramai yang tak perasan.. Bagi nak mudah faham, kita bagi
contoh: Dulu semasa PH memerintah seronok mengata menteri kasut hitam..
Nah sekarang pelbagai jenis menteri telah muncul; menteri air suam, menteri
tutup twitter, menteri mewa, menteri doraemon, menteri atas dahi, menteri duta
timur tengah, menteri tik tok, menteri kedai gunting, menteri GLC dll… Kenapa
disebut-sebut nama menteri itu dimedia sosial? Jawabnya itu hanyalah ‘pulang
paku buah keras’ saja. Supaya sahabat politik lawan sedar dan muhasabah diri…
Supaya mereka dapat beza antara realiti dan retorik politik. Jangan sedap
sangat mengata orang…
Contoh
lagi.. Dulu seronok mengata kerajaan PH. Apabila berlaku kemalangan
disebabkan pemandu mabuk atau LGBT atau isu arak… Terus saja keluar kenyataan
‘Islam terancam’ di zaman PH. Menteri agama tak buat kerja? Ini semua salah
DAP…… Nah sekarang apabila kamu berkuasa kemalangan pemandu mabuk semakin kerap
berlaku. Bukan setakat pondan saja bahkan ada pondan mabuk serang pegawai
kesihatan. Pesta maksiat berlaku bahkan berjoget sambil minum arak atas jalan.
Arak terus diedarkan walaupun di musim PKP.. Di mana suara-suara kamu dahulu
yang mengatakan Islam terancam? Masih salah DAP lagikah? Kenapa senyap?
Sembunyi dalam gua? Dah jadi syaitan bisu?. .. Itu hanya ‘pulang paku buah
keras’. Lain kali jangan sedap mengatakan orang…
Namun setengah orang dia tak faham dan sedar. Mungkin ada kemewaannya kat situ atau jenis lurus bendul dan sudip kayu..kah..kah..kah...
Masa zaman PH, tak henti hentii FB askar Malaysia...misalnya FB Malaysia Defense News, Malaysia Military Power, pakat hentam pagi petang siang malam, sementara PH sedang menyiasat beratus juta tanah hak milik ATM dijual, helikopter pesan 3 tahun tak muncul, disalahguna, sampai masa kini diam senyap, jangan kata nak desak beli MRCA, LCA, senyap sampai sudah....nampak sangat la..nak troll...sekarang mana suara tersebut?..lupa....
Lepas
satu satu isu yang timbul. sekarang isu lain pula yang sering muncul, Bab BMF,
ya dulu sikit sikit BMF, sekarang diam soal BMF, kini muncul isu
pembahagian ghadimah lepas menang, Tiap menteri nak diberi pegang status GLC,
kononnya nak pantau..ha.ha lucu, zaman PH, dilantik orang -orang yang benar
layak untuk mengendalikan semua GLC yang dilihat jauh mengalami kerugian , atau
didapati berlakunya penyelewengan, Misalnya laporan Tabung Haji, sekarang, dah
tak ada dah isu itu, bukan apa...sekadar " pulang paku buah keras",
sedap sangat hangpa tibai, la ni hangpa ambik...tak mau la ulas bab solat tak
kemasjid ni...sebab dah difatwakan tak boleh ke masjid...islam terancam akibat
penyakit....owhhh..lupa bukan DAP....tak sangkut paut...
Lepas setahun semuanya nampak kini.Semuanya tak menjadi.Melingkup sana sini. Sampai kerajaan ni macam macam rakyat bagi trending .Dari Parti lebai sampai lah kepada kerajaan "Celaka# Lahanat # kerajaan bangsat
Tak apa lah bukan apa pun..semua hanya pulang paku buah keras...tu saja...Negara ni kan negara Melayu Isle sahaja. Melingkup sebab melayu bagi pelingkup tak apa..sebab Melayu..Punya tak malu kepada bangsa lain melihat patut la melayu ni ..kalau duduk soqang soqang..melayu akan lena..kalau berdua melayu akan membawang kalau bertiga melayu ini akan makan makan...
Bangsa Inggeris pula kalau soqang dia akan baca buku..kalau berdua dia akan mengembara ,kalau bertiga dia akan rancang jajah negara lain.
Salam sayang semua...biasa la alam politik kalau tak mengutuk..tak mengata tu namanya tak sempurna. Cuma jangan fitnah ..itu durjana..Tapi ada yang suka fitnah sejak dari muda muda sampai tua nak mampoih..Kerja dia adu domba dan fitnah...biasa tuhan bagi umur panjang supaya cepat bertaubat. kalau tak juga sedar..makna kata Tuhan sedang mendera baik fizikal atau mantel...