MAN TOBA
Sememangnya kes harian Covid-19 ada menunjukkan 'trend'
penurunan. Tapi sebelum kita kata 'lockdown' separuh masak atau PKP 3.0 ini
berkesan, kita perlu faham yang data kes harian tidak menggambarkan situasi
Covid-19 di negara kita. Tidak faham? Rujuk rajah dibawah:-
Data 1: Daily new confirmed COVID-19 cases
Ini data kes harian positif Covid-19 yang disahkan KKM. Kalau
anda perasan memang ada penurunan bermula sejak dari awal Jun 2021, 'trend'
penurunan ini seakan-akan selari dengan tempoh kita bermula 'lockdown' separuh
masak ini. Tapi cuba lihat tulisan yang di 'highlight' kuning itu, "The
actual number of cases is likely to be much higher than the number of confirmed
cases – this is due to limited testing". Maknanya, kes harian ini adalah
berkadar langsung dengan jumlah ujian sampel harian yang diambil oleh KKM.
Data 2: Daily COVID-19 tests per thousand people
Rajah seterusnya itu pula menunjukkan data sampel ujian harian
yang diambil. Kalau anda perhatikan, 'pattern' graf ini sama seperti graf kes
harian positif tadi. Maknanya, jumlah sampel ujian harian yang diambil oleh KKM
turut menurun sejak bermula 'lockdown' separuh masak ini. Hasilnya, kita akan dapat
data kes harian yang menurun sepanjang 'lockdown' separuh masak ini
dilaksanakan.
FAKTA YANG TIDAK BOLEH DISANGKAL
Hakikatnya jumlah kes harian Covid-19 langsung tidak boleh
digunakan untuk menilai situasi semasa penularan Covid-19. Kita hanya boleh menggunakan
data kes harian sebagai penanda -aras sekiranya jumlah ujian sampel harian yang
diambil adalah statik (ditetapkan) pada kadar tertentu. Kita perlu juga terima
hakikat yang 'lockdown' separuh masak atau PKP 3.0 ini adalah kerja sia-sia,
buktinya saban hari wujudnya kluster-kluster baru tempat kerja terutama di
kilang-kilang yang dibenarkan beroperasi.
KESIMPULANNYA
Jadi kita harap tidak perlulah kerajaan memperdaya rakyat dengan
penurunan kes harian hanya untuk menunjukkan PKP 3.0 ini berjaya. Berhenti
mendera rakyat kebanyakan dengan mengurung mereka berbulan-bulan tanpa
pendapatan untuk kerja yang sia-sia. Disana ada yang dapurnya berhari-hari
tidak berasap, ada yang kesakitan tiada ubatnya, ada yang berkira-kira untuk
beli susu anak, ketahuilah rakyat sedang menderita. Tempoh hari rakyat setuju
untuk 'lockdown' untuk tamatkan rantaian wabak Covid-19, bukan untuk kurung
diri mereka dirumah tapi ratusan ribu syarikat dan jutaan manusia masih
bertebaran menyebarkan virus. Pesanan pada kerajaan, kalau tak mahu buat
betul-betul baik tamatkan sahaja PKP 3.0 ini. Kerana ianya kerja yang SIA-SIA.
Cp - Rizal Belon