KES TURUN? 'LOCKDOWN' BERKESAN?

 

MAN TOBA


Sememangnya kes harian Covid-19 ada menunjukkan 'trend' penurunan. Tapi sebelum kita kata 'lockdown' separuh masak atau PKP 3.0 ini berkesan, kita perlu faham yang data kes harian tidak menggambarkan situasi Covid-19 di negara kita. Tidak faham? Rujuk rajah dibawah:-

Data 1: Daily new confirmed COVID-19 cases

Ini data kes harian positif Covid-19 yang disahkan KKM. Kalau anda perasan memang ada penurunan bermula sejak dari awal Jun 2021, 'trend' penurunan ini seakan-akan selari dengan tempoh kita bermula 'lockdown' separuh masak ini. Tapi cuba lihat tulisan yang di 'highlight' kuning itu, "The actual number of cases is likely to be much higher than the number of confirmed cases – this is due to limited testing". Maknanya, kes harian ini adalah berkadar langsung dengan jumlah ujian sampel harian yang diambil oleh KKM.

Data 2: Daily COVID-19 tests per thousand people

Rajah seterusnya itu pula menunjukkan data sampel ujian harian yang diambil. Kalau anda perhatikan, 'pattern' graf ini sama seperti graf kes harian positif tadi. Maknanya, jumlah sampel ujian harian yang diambil oleh KKM turut menurun sejak bermula 'lockdown' separuh masak ini. Hasilnya, kita akan dapat data kes harian yang menurun sepanjang 'lockdown' separuh masak ini dilaksanakan.

FAKTA YANG TIDAK BOLEH DISANGKAL

Hakikatnya jumlah kes harian Covid-19 langsung tidak boleh digunakan untuk menilai situasi semasa penularan Covid-19. Kita hanya boleh menggunakan data kes harian sebagai penanda -aras sekiranya jumlah ujian sampel harian yang diambil adalah statik (ditetapkan) pada kadar tertentu. Kita perlu juga terima hakikat yang 'lockdown' separuh masak atau PKP 3.0 ini adalah kerja sia-sia, buktinya saban hari wujudnya kluster-kluster baru tempat kerja terutama di kilang-kilang yang dibenarkan beroperasi.

KESIMPULANNYA

Jadi kita harap tidak perlulah kerajaan memperdaya rakyat dengan penurunan kes harian hanya untuk menunjukkan PKP 3.0 ini berjaya. Berhenti mendera rakyat kebanyakan dengan mengurung mereka berbulan-bulan tanpa pendapatan untuk kerja yang sia-sia. Disana ada yang dapurnya berhari-hari tidak berasap, ada yang kesakitan tiada ubatnya, ada yang berkira-kira untuk beli susu anak, ketahuilah rakyat sedang menderita. Tempoh hari rakyat setuju untuk 'lockdown' untuk tamatkan rantaian wabak Covid-19, bukan untuk kurung diri mereka dirumah tapi ratusan ribu syarikat dan jutaan manusia masih bertebaran menyebarkan virus. Pesanan pada kerajaan, kalau tak mahu buat betul-betul baik tamatkan sahaja PKP 3.0 ini. Kerana ianya kerja yang SIA-SIA.

#KerajaanGagal

Cp - Rizal Belon