HELLO AZMIN ALI..JANGAN CUBA LAMBATKAN PROSES MELAWAN COVID

 

HAMDAN TAHA


Hello Azmin Ali

Jangan sesekali kamu dengan sengaja melambatkan semua proses melawan covid 19 demi untuk kamu menyambung darurat di bumi malaysia ini

Cara gerak kerja kamu tidak ikhlas dan dengan sengaja tidak mahu penularan covid 19 ini dapat di kurangkan dengan kadar segera

Kejahatan politik kamu membuktikan ada unsur ke arah itu

Perjalanan politik kamu membuktikan kamu adalah ahli politik yang sanggup berbuat apa saja demi mencapai matlamat

Buktinya

1. Tun Dr M dan Tun Siti Hasmah pernah menjadi bapa angkat kamu tetapi pada tahun 98 sehingga 2018 kamu tetap menyerang mereka berdua. Sedangkan Tun M telah memberi kekayaan kepada kamu dengan meminta Ketua Menteri Sabah memberi kamu konsesi balak dan ketika itu CM Sabah adalah Pairin. Setelah dapat kamu jual kepada Kretam,ini di ceritakan oleh kamu sendiri...kekayaan pertama kamu buat sebelum menjadi pegawai khas kepada Anwar Ibrahim...budi sebesar itu pun kamu tidak pernah kenang...

2. Apabila Tun M berjaya menjadi PM semula kamu mula merapatkan diri kamu semula dan menjadi hero mempertahankannya dan bermula lah siri membunuh bos dan rakan akrab kamu Anwar Ibrahim pula demi mengejar kuasa politik,sedangkan kamu lah yang menentang usaha menjadikan tun m perdana menteri sebelum pru....kerana kamu berpendapat PH patut mencalunkan kamu sebagai PM bukan tun m.....

3. Semasa kamu melobi untuk menjadi MB mengantikan Tan Sri Khaled Ibrahim kamu tampa segan silu mencari jalan bertemu dengan Dato Seri Najib dan Datin Rosmah untuk kamu alatkan mereka supaya menyakinkan Sultan selangor menyokong kamu menjadi menteri besar mengunakan kaedah pintu belakang walaupun PKR tidak senarai pendekkan nama kamu ketika itu...ini di ceritakan sendiri oleh Dato Najib kepada saya...selepas jadi MB kamu lanyak Najib macam sampah...kamu datang ke rumah najib berseorangan ketika itu...

3. Kamu berpakat dengan Pas dalam perjumpaan dengan presiden Pas untuk menghantar nama nama kepada Sultan selangor di situ lah kamu memperalatkan pas untuk kepentingan politik kamu. Di sudut lain kamu guna semua orang supaya melobi sultan...dan di sini juga lah kamu melagakan hubungan presiden pas dan pimpinan pkr...

5. Hubungan kamu dan ibu kamu juga keluarga kamu sangat luarbiasa pelik sehinggakan pergaduhan kamu sekeluarga menyebabkan negara menjadi gawat dan kucar kacil sehingga sekarang...dakwaan umi terhadap kamu sehingga sekarang kekal dan tidak pernah ada jalan damai....hubungan kekeluargaan kamu ini bukan rahsia tetapi menjadi pengetahuan umum,dan aib ini tidak di simpan oleh Allah...

6. Akhirnya kamu sekali lagi membunuh Bos kamu iaitu Anwar Ibrahim dalam kes sheraton kerana kamu merasakan kamu akan menjadi lebih kuat dan lebih dekat untuk menjadi timbalan perdana menteri jika bersama tun m atau tan sri muhyuddin...terbukti sekarang kamu jadikan muhyuddin sekadar boneka,seperti mana kamu jadikan anwar boneka ketika anwar dalam penjara dan kamu timbalan presiden parti merangkap mb..

Terbukti cara kamu berpolitik hanya memikirkan kepentingan peribadi semata mata walaupun sanggup berbuat apa saja dan kianat...matlamat menghalalkan segala cara dan ini boleh di buktikan

Kali ini kamu kianat lagi tapi bukan kepada bos atau sesama ahli politik tapi kamu mengkianat pula rakyat dan negara dengan mengatur strateji supaya dapat mengekalkan kuasa kamu dengan mengunakan covid 19 sebagai nyawa politik kamu...

Kamu adalah seorang ahli politik tidak ada maruah dan jahat bukan sekadar jahat tapi amat jahat

Ibu,bapa angkat,bos,sahabat,rakan,adik beradik,semuanya telah kamu kianati untuk mencapai tahap sekarang...

Tapi kamu tidak akan berjaya kerana Allah itu benar benar ada

Bayangkan jika kes sandakan itu berlaku dalam bulan ramadan kemudian kamu ke mekah selepas itu bermakna kamu tak rasa apa apa...Allah pun kamu tipu...apatah lagi sesama manusia...ramai dari kita ini pendosa dan ada aib masing masing,tapi aib kamu di sandakan Allah buka untuk tatapan dunia dan gagal di sorok...apakah kamu tidak sedar perkara itu...kebetulan ketika itu kita duduk.di hotel yang sama...dan kamu bercerita kepada seorang bekas mb dengan begitu angkuh kononnya lantikan sebagai menteri ekonomi dan kamu sebut apa yang kamu nak semua tun dr m bagi....sedangkan kami tidak tahu aib kamu lagi yang datang dari sandakan masa itu..

Begitu juga baru baru ini kamu memang bijak mengaturkan mengunakan kementerian luar dan Perdana Menteri kononnya ke saudi menarik pelabur tapi sesiapa yang kenal rapat dengan kamu tahu walaupun kamu hebat tapi perasaan rendah diri takut pada diri,hati kamu itu kecil mudah merajuk kita tahu....bukan saja tahu amat tahu...kamu cuba mengubah persepsi rakyat terhadap kamu,tapi tidak berjaya sebaliknya keluar pula isu baru membabitkan setiausaha politik kamu dan aib ini juga terdedah dalam bentuk yang sama,kerana kamu ada kuasa semua ni dapat di tutup tapi Allah dah buka sebenarnya...

Dan kamu gunakan kesempatan ke mekah dan cuci lantai di masjidiharam itu adalah lakunan untuk kamu tunjuk bahawa kamu adalah manusia terpilih dan baik dan Allah bersama kamu kononnya...bagaimana jika aku berdosa tapi aku dapat ke mekah...dalam keadaan orang lain tak dapat....itu lah yang kamu cuba buktikan...

Tengok orang kata kepada aku tapi tengok orang lain tak dapat pergi mekah tapi aku dapat itu tanda Allah terima aku kamu semua tak dapat datang pun...itu lah tujuan kamu ke sana...

Bukti jelas sehingga sekarang tidak ada satu pun pelaburan dari saudi yang kamu bawa atau yang menteri agama bawa atau perdana menteri bawa

Semoga Allah jauhkan kamu dari menjadi pemimpin malaysia kerana jika kamu masih terus kekal di atas negara dan rakyat akan di timpa bahana dan bala...

Kamu wajib di tamatkan dan di doakan kamu bertaubat dan di ampunkan Allah atas segala perbuatan dan kamu tidak di angkat rakyat menjadi pemimpin kerana mudarat lebih banyak daripada kebaikan....