Tarikh peperiksaan SPM 2021 ditunda tahun depan, kata Radzi

 

PETALING JAYA: Tarikh peperiksaan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 akan diadakan pada Februari 2022 bagi Ujian lisan dan amali sains, manakala, bagi peperiksaan bertulis akan diadakan pada Mac 2022.

Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat ketetapan itu mengambil kira keadaan semasa dan cabaran yang perlu dilalui calon SPM 2021.

“Pengalaman kita dalam menguruskan SPM 2020 membolehkan kita menganjakkan tempoh atau pun tarikh pelaksanaan SPM 2021 ke tahun 2022.

“Kita yakin segala proses berkaitan dengan SPM 2021 akan dapat berjalan dengan lancar seperti mana kita berjaya laksanakan SPM 2020,” katanya dalam sidang media khas hari ini.