W.FAUDZIN
Siasatan awal mendapati ahli Geng 36 itu memasuki Melaka
menggunakan surat kebenaran pergerakan daripada Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI) atas urusan perniagaan sekuriti.
“Satu daripada kenderaan yang digunakan suspek juga mempunyai
dua pelekat yang dicetak dengan lambang menyerupai logo polis, dipercayai untuk
mengaburi aktiviti jenayah yang dilakukan,” katanya.
Beliau berkata, semua suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau
membabitkan jenayah serta dadah dan semua mereka ditahan reman selama lima hari
sehingga esok.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan satu rompakan berkumpulan dan Seksyen 379A KK kerana curi kenderaan.