APAKAH PETANDA KEJAYAAN ANAK ANAK ?

 

KAK IDA ABDULLAH


Masa anak-anak saya masih bersekolah, pernah saya dengar seorang Profesor berkata "jika kita ke rumah orang yang berterabur barang-barang, dinding diconteng, ketahuilah di rumah itu ada anak yang pandai!"

Tak sedikit kawan-kawan saya waktu itu yang ikut nasihatnya. Saya tidak. Sehingga apabila saya ke rumah mereka, mereka jadi malu dan berkata,"maaflah Kak Ida rumah semak." Description: 😀Hmm buat apa minta maaf dengan saya. Patut minta maaf dengan anak kerana awak sedang mendidik anak, awak sedang memberitahunya bahawa tidak mengapa tiada displin. Description: 😏

Ada profesor juga beritahu yang untuk anak pandai tanam alat tulis dan buku bersama uri. Mungkin prof tu menyindir, tapi jangan ketawa sebab apabila ada seorang kawan lahir anak waktu itu dia ikut tips itu kerana nak anak pandai. Khurafat pun tak apa asal anak pandai dan berjaya.

Profesor-profesor macam nilah yang merosak bangsa sendiri kerana nak popular nak hidup dengan lifestyle tertentu macam-macam tips merapu mereka beri dan kerana mereka ada gelaran menjadi ikutan.

Saya nak tanya apa itu anak yang menjadi? Lulus universiti, bergaji besar, rumah agam, kereta mewah, pakaian segak? Jadi kalau nelayan, petani tu semua tak menjadi lah?

Nabi Muhammad s.a.w. jujur dan benar menjadi kekasih Allah SWT. Saya lebih rela anak saya naik LRT dari menipu sana sini hanya ingin flash kereta barunya. Saya lebih rela anak saya mendapat pendapatan berkat kerana kejujuran dari wang yang banyak dari penipuan.

Saya pernah bertanya seorang pelajar darjah 1 apa cita-citanya. Katanya ingin menjadi seorang doktor. Tanya saya kenapa. Jawapnya, dengan yakin dan berani, "Mama cakap doktor gaji banyak. Nanti boleh beli rumah besar, kereta cantik." Dari keberanian dia menjawap soalan saya seorang dewasa yang tidak kenal saya, saya dapat rasakan anak itu seorang yang bijak in shaa Allah akan menjadi doktor. Sayang ibunya memberi gambaran salah mengenai amanah seorang doktor.

Wang tiada agama. Kita yang beragama pula menghina diri apabila wang menjadi keutamaan. Hairankan melihat kekejaman dan perangai pelik seseorang. Kenapa kita bertanya? Kerana dalam hidupnya wang mendahului Tuhan.

Kerana keutamaan kepada wang yang memberi kuasa kepada seseorang membuatkan dia hilang Tuhan dari jiwanya. Banyak contoh disekeliling kita. Kerana wang Corona muncul mengekang. Kerana derita Corona juga manusia akan memilih kembali ke Tuhan seperti asalnya atau merintih merana wang yang hilang. Corona datang untuk mengkayakan yang sedia kaya sehingga wang menjadi Tuhan yang dipuja mereka dan si miskin merintih kecewa kehilangan Tuhan pula.

Nabi Muhammad s.a.w. telah menolak bukan sekadar wang atau emas malah walau bintang di letak ditangan kiri bulan di tangan, tidak Baginda mahu melanggar fitrah kufur dengan Tuhannya. Tidakkah kita membaca Baginda mengikat batu dipinggangnya menahan lapar sedangkan jika Baginda berdoa makanan dari langit akan diturunkan kepadanya. Berapa umatnya yang melanggar fitrah menjadi kufur demi wang? Mereka percaya wang memberi kuasa. Mereka lupa

"Money cannot buy life!"

Tukang sapu yang tampak hina di mata profesor, anak kepada seseorang yang tidak menjadi, (seperti istilah yang diberinya) lebih mulia dengan kejujurannya berbanding dengan manusia yang membeli gelaran untuk menipu dan menjadi kaya. Jika anda mendapat gelaran profesor atau doktor dengan kejujuran anda akan tahu amanah anda memberi cahaya BUKAN menunjuk anda itu anak yang menjadi kerana kaya! Maaf ya... Description: 🤮

Saya tidak pandai, saya hanya ingin menjadi jujur dan benar apabila saya menjadi kaku suatu hari nanti. Apabila ditanya apa yang kalian ingin katakan kepada si fulan ini? Saya bukan orang baik dan banyak kekurangan. Saya hanya ingin membawa jujur dan benar pulang. Description: 🙂

Sedih apabila kekayaan penentu kejayaan dan menjadi. Wahai Rasulullah s.a.w. daku rindu kepada mu. Semuga daku layak berada dalam kumpulan kecilmu ketika dikumpul nanti. Ya Allah lindungi daku dan keluarga ku dari mengutamakan selain dari Mu. Redhakan daku menjadi hamba Mu dan umat kekasih Mu. Wassaltu wassalamu 'ala saidina Muhammad wa barik wasallim.