AHMAD HAFIZI
Persoalan sama ada darurat yang akan tamat pada 1/8/2021 akan
diteruskan atau tidak atas budi bicara Agong tidak seharusnya timbul.
Jemaah menteri bertanggungjawab menasihatkan Yang di-Pertuan
Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sama ada darurat perlu dilanjutkan atau
tidak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang),
Takiyuddin Hassan.
https://www.freemalaysiatoday.com/.../jemaah-menteri.../
Pada 16/6/2021 satu perjumpaan khas raja-raja melayu akan
diadakan susulan pertemuan YDPA dengan ketua-ketua parti baru-baru
ini.Proklamasi darurat adalah di bawah bidang kuasa YDPA.Namun,agak pelik
apabila menteri undang-undang mendahului YDPA dan majlis raja-raja dengan
mengeluarkan kenyataan sombong yang seolah YDPA harus mengikut nasihat daripada
jemaah menteri semata dan mempersoalkan kuasa budi bicara dan hak YDPA dikala
darurat. Bukankah ketika darurat kuasa terletak ditangan YDPA? Jika YDPA ingin
berunding terlebih dahulu mengapa ada yang Cuba menunjukkan kuasa tentang apa
yg YDPA harus lakukan? Adakah itu yg agama dan parti islam ajarkan. Sudahlah
titah tuanku mengarahkan sidang parlimen dilaksanakan disangkal dan engkar malah
kini Cuba menunjukkan kuasa.
Titah YDPA
https://www.google.com/.../parlimen-boleh-bersidang-dalam...
Ulasan menteri
https://www.sinarharian.com.my/.../Kerajaan-putus-tiada...
Setelah idea mageran diusul oleh Tun,kini menteri undang-undang
pula Cuba menunjukkan kuasa untuk melanjutkan darurat. Untuk Apa? Tidakkah
darurat dilaksanakan untuk mengatasi masalah covid19? dan akhirnya membawa kita
kepada PKP3.0. Adakah darurat berjaya? Adakah ekonomi kini berkembang?
Nasihat bagi menyambung darurat ini hanyalah dilihat bagi
menangguhkan parlimen dan mengekalkan kuasa bagi sesetengah pendapat ahli
politik dan rakyat yg berdendang.
Semoga majlis raja-raja memutuskan darurat tidak disambung dan
memadai PKP3.0 dan parlimen dibuka menjelang september bagi bersama
menyelesaikan isu rakyat dan mengatasi masalah covid19 secara holistik dan
melibatkan keseluruhan MP yg mewakili masalah rakyat yang pelbagai mengikut
Kawasan.